Membebel Time!
Alhamdulillah... :)
Saya ASya: EGO

Sunday 13 September 2015

EGO

Assalamualaikum w.b.t
" Jadikan kesilapan sebagai sebuah Pengajaran"

Hey guys. So, tengah buat apa? Meh lah singgah kejap blog saya yang tak seberapa ini. Tak baca pun tak apa, melawat blog saya sudah cukup menggembirakan hati saya. ;) *wink wink
Serious talk ini, bukan nak gain simpati cuma nak lah juga blog saya ini semeriah blog lain. Harap itu bukan sekadar angan-angan. Please make it truth for me. :'(

Oraittt,,,berbalik pada tajuk kita. 

EGO.

Huh..amik kau. Sebesar-besar alam aku tulis and bold lagi itu. Kalau tak nampak itu tak tahulah. hahaha...ada yang sentap??? ada yang terasa?? entry memang untuk buat anda terasa dan tersentap seketika. Kalau sebelum ini, entry kita sweet-sweet, comel-comel. Kali ini kita bagi sentap sikit. *hahaha...ketawa jahat

Bukannya apa, Manusia ini, especially saya lah, kalau tak disentapkan sedikit hati itu. Pergh!! memang tak berubah..hahaha.. Mungkin ada yang macam saya, mungkin ada yang suka cara lembut dan lebih kepada pendekatan. It;s okay. Setiap orang ada cara tersendiri untuk berubah. ;)

Ok...now, Aiman Banna.
"aik, apahal tetiba keluar nama aiman banna ini?"
"Siapa dia itu" 
*ada ke yang tanya macam tu pasal dia...hahaha..mungkin segelintir.
" Kenapa dengan dia? Skandal ke?"
*amboiiii kau...dia dah isteri ok. Jangan nak menggantal and mengada-ngada kau.  Kena sailang ngan bini jangan salahkan sis ok.. :)

Mungkin ramai yang dah tahu tentang kewujudan Aiman Banna ini. Daripada seorang famous blogger, famous di laman sosial. Bagi siapa yang tak tahu. Pergilah search dekat 'Mr. Google' tentang dia. Banyak info pasal dia di internet, just type ' Aiman Banna'..ok. Mudah bukan?? *cewah..dah macam kelas tuto dah and fyi, umur dia sama dengan umur saya. OMG!!! ok, takde kaitan tapi jeles sikit itu adalah. 

Ok, back to him. Semalam saya pergi talk Aiman Banna. Based pada talk dia, dia banyak cakap pasal ego. Dan dia start berubah bila dia mula merendahkan ego dia. :)

Jadi, sekiranya kita ingin berubah, start bertanya pada diri sendiri. Adakah kita seorang yang kuat egonya? 

"Ego??"
" Kenapa dengan ego??"
"Apa kaitan berhijrah dengan ego?"

Sabar, sabar. Bagi sis terang satu persatu. Bagi yang tak tahu ego itu apa. Bagi saya terang based on apa yang saya faham. 

Ego itu merupakan satu perasaan yang berkait dengan hati. Ego ialah perasaan keras kepala atau kata lembutnya ikut suka kepala dia nak buat apa tanpa menghiraukan nasihat orang lain. That's what ego means as what I knows.

" Jadi, apa kaitan ego dengan berhijrah??"

ok..sangat-sangat berkaitan antara ego dan  berhijrah. Kenapa saya menulis seperti itu. *kita menulis dan membaca tau bukan bercakap. :)

Sekiranya seseorang manusia nak berubah, dia haruskan menurunkan ego dia serendah-rendahnya. Sebab orang yang tinggi ego ini, tahap dia nak berubah itu telah ditutupi setebal-tebalnya oleh ego dia. Bagi sesiapa yang tahu dan pernah menghadapi orang yang memiliki ego yang tinggi dan kuat ini, mereka sangat-sangatlah sukar untuk diarah dan sampai satu tahap kita terpaksa mengalah kerana ingin mengelakkan pergaduhan. 

Nampak tak, betapa bahayanya ego ini kepada manusia terutamanya dalam sesuatu perhubungan. Disebabkan ego ini, hubungan kita sesama manusia boleh berpecah belah dan menyebabkan pergaduhan. Perkara yang kecik pun boleh jadi besar disebabkan terlalu tinggi ego ini.

Jadi, bagi sesiapa yang terasa diri dia itu memilik ego yang tinggi. Saya minta sangat-sangat, saya merayu *sis tak pernah merayu sampai macam ini* 

Tolong rendahkan ego anda. Jangan disebabkan ego anda terlalu tinggi, anda bukan sahaja kehilangan orang yang tersayang malah anda akan merasa lebih jauh dari Allah dan disebabkan itulah kenapa kita selalu merasa hati tak tenang, gelisah, gusar. Perkara itu juga boleh menyebabkan diri kita, sewaktu melakukan ibadah, seolah-olah kosong. Umpama kita melakukan sesuatu perkara tetapi kita tak tahu kenapa kita lakukan sedemikian dan sebab apa. Kosong.

Tolong ye. Kalau awak tak rendahkan ego awak itu, tak kemanlah awak pergi. Awak bukan dapat faedah apa-apapun, malah rugi adalah. Awak akan kehilangan mereka yang tersayang. Tak salah kita nak tunjukkan kasih sayang especially lelaki/ kaum suami/ kaum ayah.

Rasulullah dulu pun seorang ketua yang sangat prihatin, lemah lembut, penuh dengan kasih sayang, penuh dengan rasa kecintaan sama ada sebagai pemimpin, seorang suami, seorang bapa mahupun seorang datuk. Rasulullullah merupakan contoh yang sangat terbaik untuk dijadikan sebagai idola kita, bukan sahaja kaum Adam, malah kaum Hawa juga. 

SubhanAllah, sungguh mulia Rasulullah. Itulah sebab beliau menjadi kekasih Allah kerana sifat beliau yang cukup sempurna di mata umat beliau. Saya pun jauh lagi perjalanan sekiranya hendak dibandingkan dengan Rasulullah. Masya Allah. Saya sangat sangat sangat cintakan beliau terlalu cintakan disebabkan sifat beliau dan cara beliaulah saya tanamkan dalam diri saya rasa cinta saya pada Rasulullah. Sungguh mulia hamba Allah ini. 

Alhamdulillah. Semoga entry kali ini dapat memberi seribu satu pengajaran buat diri kita dan orang disekeliling kita untuk merendahkan ego. Saya memohon maaf sekiranya ada salah silap sepanjang enrty ini ditulis kerana saya hanya insan biasa yang masih lagi bertatih dan mencari-cari cahaya agama. Saya memohon maaf andai entry ini ada mengguris hati sesiapa. Niat saya untuk berkongsi dan mengubah diri saya, diri awak kejalan yang lebih mulia dan dekat dengan Allah.
Semoga bermanfaat,

Seandainya ada perkongsian ataupun kesilapan pada entry saya kali ini. Mohon komen yea supaya saya mampu memperbetulkan entry saya yang lain agar bertambah ilmu kita bersama. In shaa Allah. Wasalam :)



1 comment:

Anonymous said...

Sejujurnya sy jauh lebih suka pendekatan Teme Abdullah, Budak Tomato, Akhi APG dalam penulisan2 di blog. Mereka jauh lebih humble. Kerana bagi sy aimaan banna ni dah gunakan nama dakwah untuk raih populariti dan wang, menghalalkan semua perkara munkar yg dia buat. tak kira lagi perangai dia kat kisas sampai satu batch pulaukan dia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...