Membebel Time!
Alhamdulillah... :)
Saya ASya: June 2015

Wednesday 17 June 2015

Ramadhan Goal!

Assalamualaikum.

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan. Alhamdulilllah. Esok, Khamis, 18 Jun 2015 bersamaan dengan 1 Ramadhan 1436 H. Kita akan menyambut Ramadhan ataupun puasa selama sebulan setelah setahun ia pergi meninggalkan kita. Semoga kita sempat untuk menunaikan puasa selama sebulan seterusnya menyambut Syawal. In shaa Allah..amiin..




Puasanya...jangan tak puasa..Jangan ada yang ponteng pula untuk puasa esok. Perkara yang baik dan bermanfaat, jangan ditinggalkan. Pahala menanti. Masa Ramadhan inilah kita nak perbetulkan balik apa yang tidak betul atau tak sempurna selama ini iaitu ibadah kita. Waktu ini, kita hanya perlu mengawal nafsu sahaja kerana kita percaya syaitan diikat pada waktu ini..hahaha...hmmm.

Baiklah. Apabila bercakap tentang nafsu. hahaha....(gelak jahat). Lagi-lagi bulan puasa ini. Nafsu akan sentiasa menguasai diri sendiri. Terutamanya nafsu untuk membeli makanan waktu berbuka. huh..tang ini, Cheq habaq mai sikit..

Hang pa semua..Jangan nak dok pi beli makanan banyak-banyak na..membaziaq tau dak...huh kau,sekali keluar loghat kedah,entah betul entah idok ini...hahaha..cheq main bantai je..Maaflah orang utara semua. Cheq ini orang selatan yang 'ae' 'ae' tu..hahaha..

Berbalik pada membazir tadi. Huh..jangan beli banyak-banyak. Mentang syaitan-syaitan tak ada bulan puasa ini, jangan korang pula jadi sekutunya pula. Membazir tak elok. Hanya beli setakat yang kita mampu makan dan habiskan. Jangan sampai waktu berbuka esok..makanan tu still ada lagi. Its not good for your health. Makanan yang fresh dan baru dimasak lebih elok.

Peringatan..waktu berbuka,jangan makan terlalu banyak macam korang tak makan sebulan. hahaha...nanti tak larat pula nak pergi tirawah. Makan, makan juga..tirawah jangan lupa. Kata nak berubah..hahaha...Pahal lebih woah...kalau kita mampu lengkapkan tirawah selama sebulan. Seelok-eloknya tirawahlah di surau @ masjid...berjemaah lebih afdhal dan banyak pahalanya.

Nak tambah pahal lagi serta menyucikan hati dan jiwa..khatamkanlah alquran selama sebulan berpuasa. In shaa Allah..pahala puasa kita dpaat, pahala tirawah kita dapat. pahala khatam alquran pun kita dapat. huishh..kaya betul kita bulan puasa ini. Kaya dengan pahala. Tak rugi mana pun. 

hurm..baiklah..sampai sahaja dahulu entri saya kali ini. In shaa Allah.hari lain..saya akan update lagi. Selamat berpuasa semua. Maaf salah silap. kosong kosong kita ya. Wasalam. :) 

Monday 1 June 2015

Rindu 1.

Assalamualaikum.

B2T14.  Rindu. Kesayanganku.

 Saya muncul kembali. Nampaknya sudah lama saya meninggalkan dunia blog ini. bukan meninggalkan terus, tapi ada masalah sikit. Tapi, kini saya dapat menulis kembali. Sama ada, ada orang nak baca ataupun tidak, saya tak peduli. Yang penting , saya puas hati, Saya minat menulis, jadi tak mungkin saya nak berhenti dari minat saya, Betul tak? :)

Sekarang saya seorang penganggur tegar, hahaha..taklah tegar mana,cuma belum terfikir nak buat kerja apa atau cari kerja padahal dah sebulan dah saya menamatkan pengajian saya. Dah seminggu juga budak baru aka junior saya mengakhirkan hari orientasi mereka di tempat pengajian saya.


T2.19  Teman Tidurku.

Alhamdulillah, sudah sebulan saya menamatkan pengajian saya di Kolej Matrikulasi Perak setelah setahun saya belajar disana. Banyak kenangan pahit, manis, suka dan duka yang saya pelajari di sana. Saya rasa, keputusan untuk saya melanjutkan pembelajaran di matrikulasi adalah keputusan bijak dan bernas untuk saya. *clap clap...hahaha..berlagak betul. 

Tapi betullah, sebelum saya nak masuk matrik, macam-macam cerita yang saya dengar kat matrik. Biasalah, matrikulasi kan program yang hanya memakan masa yang pendek dan terus melangkau ke degree. Jadi, saya kena struggle sikitlah. Tapi, bila saya dah masuk, Alhamdulillah, saya dan kawan-kawan berjaya untuk menghabiskan setahun pengajian kami di sana. Tak adalah sesusah mana, cuma kene kerja keras sikit. relakslah. setahun je,hurmm..tak sampai setahun pun, 10 bulan je. Tak lama, in shaa Allah boleh. Saya cuba berfikiran positif memandangkan saya dah melangkah untuk terus ke matrikulasi. 

Penbelajaran di matrikulasi pada saya sama je macam form 5 atau SPM tapi mendalam sikit. Kalau dulu masa SPM kita belajar hanya basic sahaja, tapi di matrik, kita akan belajar lagi mendalam dan penrangan untuk setiap perkara. hahaha...dengar macam susah, tapi Alhamdulillah, dengan bantuan lecturer dan rakan-rakan, boleh punya.

Yang paling penting, dengar cakap lecturer dan kalau ada apa-apa masalah pada sesuatu topik, terus jumpa lecturer. Jangan ditunggu-tunggu sebab kita ada banyak lagi subjtk dan topik yang dicover.
Kalau malu jumpa lecturer, tanyalah kawan-kawan yang tahu tapi seelok-eloknya jumpa lecturer baru faham. Maklumlah, lecturer kan, orang lama, dan faham lebih mendalam tentang subjek tersebut. Jadi, itu lebih menguntungkan. Cewahhh...macam berbusiness pula..hahaha..

Dah lama tak menulis, bila dah sekali menulis, kau... panjang berjela-jela menulis..hahaha..maaflah ya kalau ada yang terpaksa baca panjang-panjang. Teruja sebab dapat menceritakan pengalaman saya di matrik yang tak semua orang dapat rasa. Apa-apapun. Alhamdulillah, Allah mengurniakan saya seorang sahabat, rakan sekelas dan teman sebilik yang sangat baik walaupun kami berlainan negeri.
Pengalaman dan kenangan ini takkan saya lupakan semudah itu sebab ini pengalaman yang bernilai dan berharga buat diri saya dan mengajar saya untuk belajar tenatang kehidupan. 

B2T14 dan T2.19, ex-KMPk 14/15
Harta saya dan Pengubat Kerinduan saya di KMPK.
Sampai sini sahajalah penulisan saya kali ini, in shaa Allah nanti saya menulis lagi.Wasalam.

p/s: to B2T14 and T2.19,ex-KMPk 14/15
Kalau terbaca ini, aku nak korang tahu yang aku rindu sangat-sangat kat korang. In sha Allah ada jodoh dan dipanjangkan umur, kita berjumpa lagi ya. Semoga berjaya dan ingat Allah selalu ada untuk kalian. ^_^



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...