Membebel Time!
Alhamdulillah... :)
Saya ASya: Rindu 1.

Monday 1 June 2015

Rindu 1.

Assalamualaikum.

B2T14.  Rindu. Kesayanganku.

 Saya muncul kembali. Nampaknya sudah lama saya meninggalkan dunia blog ini. bukan meninggalkan terus, tapi ada masalah sikit. Tapi, kini saya dapat menulis kembali. Sama ada, ada orang nak baca ataupun tidak, saya tak peduli. Yang penting , saya puas hati, Saya minat menulis, jadi tak mungkin saya nak berhenti dari minat saya, Betul tak? :)

Sekarang saya seorang penganggur tegar, hahaha..taklah tegar mana,cuma belum terfikir nak buat kerja apa atau cari kerja padahal dah sebulan dah saya menamatkan pengajian saya. Dah seminggu juga budak baru aka junior saya mengakhirkan hari orientasi mereka di tempat pengajian saya.


T2.19  Teman Tidurku.

Alhamdulillah, sudah sebulan saya menamatkan pengajian saya di Kolej Matrikulasi Perak setelah setahun saya belajar disana. Banyak kenangan pahit, manis, suka dan duka yang saya pelajari di sana. Saya rasa, keputusan untuk saya melanjutkan pembelajaran di matrikulasi adalah keputusan bijak dan bernas untuk saya. *clap clap...hahaha..berlagak betul. 

Tapi betullah, sebelum saya nak masuk matrik, macam-macam cerita yang saya dengar kat matrik. Biasalah, matrikulasi kan program yang hanya memakan masa yang pendek dan terus melangkau ke degree. Jadi, saya kena struggle sikitlah. Tapi, bila saya dah masuk, Alhamdulillah, saya dan kawan-kawan berjaya untuk menghabiskan setahun pengajian kami di sana. Tak adalah sesusah mana, cuma kene kerja keras sikit. relakslah. setahun je,hurmm..tak sampai setahun pun, 10 bulan je. Tak lama, in shaa Allah boleh. Saya cuba berfikiran positif memandangkan saya dah melangkah untuk terus ke matrikulasi. 

Penbelajaran di matrikulasi pada saya sama je macam form 5 atau SPM tapi mendalam sikit. Kalau dulu masa SPM kita belajar hanya basic sahaja, tapi di matrik, kita akan belajar lagi mendalam dan penrangan untuk setiap perkara. hahaha...dengar macam susah, tapi Alhamdulillah, dengan bantuan lecturer dan rakan-rakan, boleh punya.

Yang paling penting, dengar cakap lecturer dan kalau ada apa-apa masalah pada sesuatu topik, terus jumpa lecturer. Jangan ditunggu-tunggu sebab kita ada banyak lagi subjtk dan topik yang dicover.
Kalau malu jumpa lecturer, tanyalah kawan-kawan yang tahu tapi seelok-eloknya jumpa lecturer baru faham. Maklumlah, lecturer kan, orang lama, dan faham lebih mendalam tentang subjek tersebut. Jadi, itu lebih menguntungkan. Cewahhh...macam berbusiness pula..hahaha..

Dah lama tak menulis, bila dah sekali menulis, kau... panjang berjela-jela menulis..hahaha..maaflah ya kalau ada yang terpaksa baca panjang-panjang. Teruja sebab dapat menceritakan pengalaman saya di matrik yang tak semua orang dapat rasa. Apa-apapun. Alhamdulillah, Allah mengurniakan saya seorang sahabat, rakan sekelas dan teman sebilik yang sangat baik walaupun kami berlainan negeri.
Pengalaman dan kenangan ini takkan saya lupakan semudah itu sebab ini pengalaman yang bernilai dan berharga buat diri saya dan mengajar saya untuk belajar tenatang kehidupan. 

B2T14 dan T2.19, ex-KMPk 14/15
Harta saya dan Pengubat Kerinduan saya di KMPK.
Sampai sini sahajalah penulisan saya kali ini, in shaa Allah nanti saya menulis lagi.Wasalam.

p/s: to B2T14 and T2.19,ex-KMPk 14/15
Kalau terbaca ini, aku nak korang tahu yang aku rindu sangat-sangat kat korang. In sha Allah ada jodoh dan dipanjangkan umur, kita berjumpa lagi ya. Semoga berjaya dan ingat Allah selalu ada untuk kalian. ^_^



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...