Membebel Time!
Alhamdulillah... :)
Saya ASya: October 2015

Sunday 25 October 2015

USIM 2

Assalamualaikum w.b.t

"Year 1,2,3,4 FM Student's USIM '14/'15"

Hello guys. Baiklah, kali ini saya tak nak tulis entry panjang-panjang. Kali ini saya just nak berkongsi cerita dan pengalaman sepanjang di Kalumpng Resort and Training Centre.


"Eh! Kalumpang? Kat mana tu?"
"Kalumpang?? Wah..bestnya. Air sungai dia best"
"Apa kau buat kat Kalumpang?"
"Kenapa gambar ramai-ramai itu. Kau ada buat aktiviti kebajikan apa-apa ke?"
*erk-.- ada tak orang nak tanya soalan ini. *senyum

Oraitt..sabar sabar. Meh sini, dekat sikit mata tu kat skrin. Nak ceritalah ini. 


17/10 dan 18/10 saya dan budak kos FM(Financial Mathematics) tahun 1,2, 3 dan 4 pergi ke Funmily
day's(Family Day's) di Kalumpang Resort and Training Centre selama 2 hari 1 malam.
Tujuannya untuk sambut budak-budak junior tahun 1 macam saya dan rakan-rakan kedalam "Keluarga" Financial Mathematics.Rasa dihargai dan vvip pula..*senyum sorang-sorang
Jadi, dapatlah juga kenal senior-senior kami yang selama ini kalau jumpa kat fakulti tu macam tak berapa nak kenal, tapi bila dah pergi ke familty day ini. Tahulah juga mana satu senior kami.


Sebenarnya nak cerita, tempat itu best gila. Air sungai sangat bersih dan sejuk. Nyaman je rasa. Kalau yang stress and rasa nak release kan tension. Saya sarankan anda untuk pergi ke tempat ini sebab tempatnya sangatlah tenang dan mendamaikan dengan dikelilingi pohon hijau dan bunyi air sungai yang deras mengalir yang menenangkan. SubahanAllah. 
Saya ingatkan dah takde lagi tempat macam ini. Rupanya, masih wujud dan ada. Lokasi dia memang pedalaman dan suasana kampunglah. Memang tenang dan nyaman. Saya recommend anda kalau nak buat family day atau nak bawa family, rakan-rakan bercuti or nak main-main air or nak mandi sungai, pergilah tempat ini. Kalau nak tahu lebih lanjut tentang kawasann ini, just search dekat pak cik google "Kalumpang Resort and Training Centre". Banyaklah info dekat Saya pun nak ajak family saya dan kawan-kawan saya ke tempat ini.*berangan sat.
In shaa Allah.
Alhamdulillah, sepanjang Family day itu ramailah juga senior yang saya kenal dan mampu berbual-bual. Diorang ini ok je..sporting gila. Memang daebaklah *terbaik. Saya having funlah juga sepanjang family day ni berlangsung walaupun dua hari je yang memang sangat pendek untuk kami berkenalan lebih lanjut. 







budak lelaki course kami ada dua orang sahaja. -.-

Baiklah. Rasanya itu sahaj entry saya kali ini. Kalau ada sesiapa di sini atau ada Senior-senior FM yang terbaca entry saya ini *ada ke? sudi-sudilah komen entry saya ini. *wink wink *_*

wasalam,
NurFillah




Financial Mathematics.

Assalamualaikum w.b.t

" FM student's, USIM '15'16 "

Hello guys.Lama dah tak berupdate blog ini. Bukannya tak boleh update, boleh saja, tapi line wifi di sini tidak mengizinkan saya untuk bercerita dan mengupadate selalu berkaitan cerita saya atau apa-apa. Sedih bukan? Tapi takpelah, mungkin Allah nak saya fokus pada pelajaran saya di sini. Husnudzon.
Alhamdulillah, malam ini saya berkesempatan untuk mengupdate blog saya dengan perasaan yang gembira dan senang. In shaa Allah. 

Baiklah, malam ini saya nak bercerita tentang budak-budak coursemate saya. Wah...teruja saya nak bercerita tentang course saya ambil di USIM dan coursemate saya. Alhamdulillah, Allah telah meletakkan saya di suatu bidang yang saya agak minat dan dikalangan coursemate yang okay dan baik.

Kebanyakan coursemate saya datang dari pelbagai negeri *semestinya dan institusi pendidikan sebelum kami melangkah ke alam degree ini. Ada yang dari cousemate saya ini dari tamhidi yang sememangnya dari USIM sendiri, ada juga dari asasi iaitu UiTM PALAM dan UM serta matrik pun ada. Matrik jangan dilupakan, tempat saya belajar serta tanpa saya jangka rupa-rupanya ada dua orang budak satu course dengan saya merupakan bekas budak matrik saya sendiri iaitu KMPk. Teruja betul saya bila saya dapat tahu yang ada budak yang satu matrik dengan saya dapat satu course dengan saya. 

Kebetulan juga, ada seorang budak itu dari matrik saya dan sekarang merupakan kawan yang rapat dengan saya sepananjang sebulan saya berada di USIM merupakan budak kuliah saya serta budak kelas roomate saya sewaktu di matrik duli. Tak sangka gila, sangat kecik rupanya dunia ini. Inilah namanya aturan Allah, sesungguhnya aturannya yang sangat cantik. Saya juga ada rapat dengan beberapa budak lain yang sama course dengan saya di mana saja kami pergi pasti kami bersama. 

Oraiitt..saya nak bercerita pasal course saya. Saya telah dipilih untuk memasuki dalam satu bidang yang agak jauh sebenarya dari yang saya minat dan agak tak percaya untuk saya dan parents saya bila saya dapat tawaran untuk course ini.*senyum 

Alhamdulillah saya telah dapat tawaran untuk sambung pengajian dalam bidang Financial Mathematics(Matematik Kewangan). Agak wow gitu pada certain orang sebab ianya dipanggil "Mathematics". Saya pun agak terkejut sebab saya tak sangka saya melanjutkan pengajian dalam bidang yang ada kaitan dengan Matematik yang sememangnya subjek kurang digemari oleh sesetengah pelajar. Boleh dikatakan Matematik ini susah for certain persons.

 Saya start ada passion dengan Math bila saya di matrik. Saya pun tak tahu macam mana saya boleh perform dengan math ini sewaktu saya di matrik. Sedangkan sewaktu sekolah rendah dan menengah, saya akui saya memang lemah gila bab-bab matematik ini. Kalau setiap kali exam, kalau result math saya dapat gred C and above, itu memang bukan saya. Pelik bukan?

Alhamdulillah, aturan Allah sangat cantik dia aturkan untuk saya. Dari sekolah rendah saya memang benci math sebab kena hafal sifir bagai itu plus dengan cikgu yang garang gila setiap kali pergi kelas akan bawa pembaris besar yang panjang itu *tak tahulah sekarang acam mana, naik sekolah menengah pula dengan segala complicated solution yang saya belajar. dan cikgu yang mengajar dengan lajunya Tapi bila di Matrik, Mathematics merupakan antara mata pelajaran yang saya perform gilalah. Saya pun terkejut, sangat sangat sangat terkejut. *nampak tak, betapa nak menunjukkan saya sendiri pun tak sangka. Lagi tak sangka bila saya dapat tawaran dalam bidang Mathematics pula untuk peringkat U ini. *It's just like wow. If saya pun dengar ada budak ambil math as part of her career, apatah lagi saya sendiri yang ambil. Hanya mampu tergelak dengan diri sendiri. Unbelieveable.

Tergelak saya pada diri sendiri. SubhanAllah, Maha Suci Allah, dialah sebaik-baik perancang dan segala rancangannya pasti akan ada hikmah disebalik semua ini. In shaa Allah. Buktinya, pada diri saya sendiri, daripada benci Mathematics terus ke bidang yang ada kaitan dengan Mathematics and make me love more to Mathematics. :)

Panjang ke tidak post saya malam ini. Semangat betul saya nak bercerita tentang diri saya dan course yang saya ambil Bukan tujuan untuk riak atau bangga yang saya dapat bidang yang ada kaitan dengan Mathematics, tapi cuma nak sampaikan yang, sebenci mana pun atau sesukar mana pun kita nak memahami sesuatu subjek ini. Cubalah untuk tenang dan fahamkan satu persatu. Belajar ini tak susah mana pun, kalau kita niatkan pada Allah dan ada minat untuk belajar. Belajar bukan setakat di sekolah sahaja, kemana sahaja kita pergi kita akan belajar sesuatu yang baru dan berguna untuk kita. 

Baiklah sampai sini sahaja entry saya pada kali ini. Maaf andai ada yang terguris hati dengan penulisan saya pada kali ini. Yang mana baik datang dari ALlah dan yang buruk datang dalam diri saya sendiri. Sudi-sudi kanlah komen di entry saya, tak kiralah apa-apa. Saya sangat gembira kalau ada yang sudi komen. 

wasalam,
NurFillah :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...