Membebel Time!
Alhamdulillah... :)
Saya ASya: USIM 2

Sunday 25 October 2015

USIM 2

Assalamualaikum w.b.t

"Year 1,2,3,4 FM Student's USIM '14/'15"

Hello guys. Baiklah, kali ini saya tak nak tulis entry panjang-panjang. Kali ini saya just nak berkongsi cerita dan pengalaman sepanjang di Kalumpng Resort and Training Centre.


"Eh! Kalumpang? Kat mana tu?"
"Kalumpang?? Wah..bestnya. Air sungai dia best"
"Apa kau buat kat Kalumpang?"
"Kenapa gambar ramai-ramai itu. Kau ada buat aktiviti kebajikan apa-apa ke?"
*erk-.- ada tak orang nak tanya soalan ini. *senyum

Oraitt..sabar sabar. Meh sini, dekat sikit mata tu kat skrin. Nak ceritalah ini. 


17/10 dan 18/10 saya dan budak kos FM(Financial Mathematics) tahun 1,2, 3 dan 4 pergi ke Funmily
day's(Family Day's) di Kalumpang Resort and Training Centre selama 2 hari 1 malam.
Tujuannya untuk sambut budak-budak junior tahun 1 macam saya dan rakan-rakan kedalam "Keluarga" Financial Mathematics.Rasa dihargai dan vvip pula..*senyum sorang-sorang
Jadi, dapatlah juga kenal senior-senior kami yang selama ini kalau jumpa kat fakulti tu macam tak berapa nak kenal, tapi bila dah pergi ke familty day ini. Tahulah juga mana satu senior kami.


Sebenarnya nak cerita, tempat itu best gila. Air sungai sangat bersih dan sejuk. Nyaman je rasa. Kalau yang stress and rasa nak release kan tension. Saya sarankan anda untuk pergi ke tempat ini sebab tempatnya sangatlah tenang dan mendamaikan dengan dikelilingi pohon hijau dan bunyi air sungai yang deras mengalir yang menenangkan. SubahanAllah. 
Saya ingatkan dah takde lagi tempat macam ini. Rupanya, masih wujud dan ada. Lokasi dia memang pedalaman dan suasana kampunglah. Memang tenang dan nyaman. Saya recommend anda kalau nak buat family day atau nak bawa family, rakan-rakan bercuti or nak main-main air or nak mandi sungai, pergilah tempat ini. Kalau nak tahu lebih lanjut tentang kawasann ini, just search dekat pak cik google "Kalumpang Resort and Training Centre". Banyaklah info dekat Saya pun nak ajak family saya dan kawan-kawan saya ke tempat ini.*berangan sat.
In shaa Allah.
Alhamdulillah, sepanjang Family day itu ramailah juga senior yang saya kenal dan mampu berbual-bual. Diorang ini ok je..sporting gila. Memang daebaklah *terbaik. Saya having funlah juga sepanjang family day ni berlangsung walaupun dua hari je yang memang sangat pendek untuk kami berkenalan lebih lanjut. 







budak lelaki course kami ada dua orang sahaja. -.-

Baiklah. Rasanya itu sahaj entry saya kali ini. Kalau ada sesiapa di sini atau ada Senior-senior FM yang terbaca entry saya ini *ada ke? sudi-sudilah komen entry saya ini. *wink wink *_*

wasalam,
NurFillah




2 comments:

Firdaus Reedzwan said...

Best kan ade senior2 yg bole bual2 ? Takde lah kekok sgt jdi junior. Btw,, Sept ni mybe sy msuk Actuarial Science kat USIM,, mybe lah.. So ape beza ASRiM ngn FM ek ? Time keja sy thu laen tpi ape beza dua ni time blaja ?

Firdaus Reedzwan said...

Best kan ade senior2 yg bole bual2 ? Takde lah kekok sgt jdi junior. Btw,, Sept ni mybe sy msuk Actuarial Science kat USIM,, mybe lah.. So ape beza ASRiM ngn FM ek ? Time keja sy thu laen tpi ape beza dua ni time blaja ?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...