Membebel Time!
Alhamdulillah... :)
Saya ASya: March 2013

Tuesday 26 March 2013

Exam ALLAH!!!

525693_10151307016759602_1794717544_n_large
*Syok nya hidup kalau dapat buat mcam nie...*

Assalamualaikum semua....Apa khabar??Alhamdulillah,sihat.Wah,entry kali ini berkaitan exam.Aku rasa ramai yang dah tahu.mungkin akan ada yg kata...
"budak ini mesti nak cerita pasal result exam dia"
or
"budak ini mesti nak cerita yang dia takut nak exam"

huhuhu....jgan marah ya,saya sekadar meneka.Kalau betul harap dimaafkan,tak ada niat pun nak mengutuk or mengejek.*peace*_*
Saya tahu,semua orang dalam hidup akan menghadapi exam,exam ada di merata-rata tempat.Tak semestinya kita duduk kat satu kelas,meja jarak-jarak,penggang pen or pensel,bagi kertas soalan,jawab tanpa meniru*jeling kanan kiri*.....
Exam Allah????ada tahu exam Allah....ataupun bahasa 'bugis'nya,ujian daripada Allah.
hehehe...saya saja je nak guna bahasa yang mudah faham.*faham ke?*
Back to the topic.Kita hidup kat bumi Allah ini takkan pernah lari dengan ujian dan dugaan dari Allah.Setiap seorang dari hambaNya pasti akan menerima ujian dariNya dalam apa jua bentuk.Kita sendiri pun tak tahu bentuk.Antaranya mungkin dari segi harta,rupa paras dan apa-apa yang mampu melalaikan kita.

Allah ada berfirman:لا يكلف الله نفسا إلا وسعهاAllah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya. [Al-Baqarah: 286]
Jadi berdasarkan ayat di atas,dapatlah ditafsirkan bahawa Allah akan memberi ujian kepada tiap-tiap hambaNya mengikut kemampuan hambaNya untuk menanggungnya.Allah tahu kita mampu untuk menghadapinya,sebab itulah kita diberi ujian yang Allah beri pada kita.
Kalau kita tak mampu,takkan Allah nak beri ujian pada kita sedangkan Dia tahu yang kita tak mampu.Lagipun,Allah sudah merancang apa yang terbaik untuk kita di masa hadapan kelak setelah kita menghadapi ujianNya.Saya yakin RESULT nanti mesti GEMPAK!!!In sya Allah...
Ujian yang diberikan juga adalah untuk mengukur tahap keimanan seorang hamba. Ini telah dibuktikan secara jelas berdasarkan ayat 2-3 surah al’-Ankabut;
أحسب الناس أن يتركوا أن يقولوا آمنا وهم لا يفتنون. ولقد فتنا الذين من قبلهم فليعلمن الله الذين صدقوا وليعلمن الكاذبي
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu dugaan)?Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu sebelum mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang benar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya akan orang-orang yang berdusta. [al-Ankabut: 2-3]
Dapatlah disimpulkan disini bahawa Allah amat menyayangi kita sehingga Dia ingin memberi ujian kepada kita agar kita mampu memperoleh sesuatu yang di luar jangkaan.Misalnya,peperiksaan kat sekolah or Universiti,takkanlah cikgu or lecturer kita suka-suka je nak buat ujian kalau bukan untuk kebaikan kita*cuba fikir secara logik and sedalam-dalamnya*
Budak sekarang ini tiba exam je "huh,exam.Cepatnya!!!"betul tak???saya pun macam tu juga,tak payah tengok orang lain sebabnya saya still sekolah lagi.Nak-nak tahun ini SPM...woah,struggle lah jawabnya........hahaha.
Ok arh.Wasalam.
p/s:Doakan saya 11A+ dalam SPM 2013.Semoga Allah memberkati kehidupan kamu *peace*




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...