Membebel Time!
Alhamdulillah... :)
Saya ASya: September 2015

Thursday 17 September 2015

Haze

Assalamualaikum w.b.t

" Aku lebih gemar menulis meluahkan segalanya melalui penulisanku berbanding berkata-kata"

Salam alaik guys. Jadi, macam mana permulaan hari untuk awak semua pada hari ini. Hopefully, everything gonna be fine as you wish. :)

Okayyy...Alhamdulillah, pagi ini hujan turun dengan lebat setelah beberapa minggu hujan tak turun dan dilitupi dengan asap-asap. Bukan asap-asap 'vape' atau 'rokok' tapi asap jerebu, tapi asap-asap itu pun boleh mengundang jerebu sebab dia akan mix xekali dengan asap jerebu. *ye idok?? 
 Kesiankan kami.

Selasa yang lepas, USIM telah mengambil cuti secara mengejut sebab tahap jerebu yang sangat serius, around 200++ dan itu sangat berbahaya untuk kita guys especially for those yang ada asthma and penyakit kulit. Better musim jerebu ini, kita pakai mask. Takkanlah mask yang berapa hinggit sangat kita tak boleh beli sedangkan kita sanggup berhabis duit untuk online shopping di'instagram'. betul tak??  Bukannya apa, kesihatan kita lebih penting. Sekiranya kita sakit, macam mana kita nak survive untuk hidup kita dan tak boleh lah kita nak berseronok untuk online shopping. *cewahh...cara nak attract orang suruh beli mask..hahaha..

Saya sebenarnya ada dapat info dari 'twitter' dan 'facebook' yang, sekiranya kita nak beli mask. Please beli mask yang nama dia N95 bukannya mask yang selalu doktor pakai itu. Tahu tak mask N95 itu??
Alahai, mask yang bentuk dia macam mangkuk itu. Kalau tak tahu, cuba search google. 

Mask N95 itu lebih selamat berbanding mask doktor. Sebabnya, mask yang doktor pakai itu, just untuk elakkan partikel or kuman-kuman yang lebih kepada membawa penyakit dan selalunya mask ini digunakan bagi mereka yang ada flu atau demam sebab mask ini bertindak untuk memerangkap habuk-habuk atau virus orang demam itu.

"Aik..apa beza dia orang demam itu dengan jerebu?"
"Jerebu bukannya boleh bawa penyakit juga ke?"
"Jerebu kan ada habuk-habuk yang kecil-kecil itu, sama je macam orang demam"
huh..bawa bersabar...hahaha..Mask N95 ini dia special. Sebenarnya, untuk knowledge kitalah kan, habuk dari jerebu ini, particle atau molecul dia lebih kecil berbanding particle atau molekul orang yang demam dan flu, dan mask N95 ini memang khusus untuk jerebu atau apa-apalah yang ada kaitan dengan asap. Sebab itu, kalau kita perasanlah kan, orang-orang yang 'fogging' selalu guna mask N95 sebab mask ini ada satu jenis penanpis khas yang boleh memerangkap habuk-habuk kecil atau particle-perticle kecik dari asap-asap yang memang kita tak nampak secara mata kasar. Jadi, janganlah ambil mudah perkara macam ini. Saya berkongsi ini pun untuk kesihatan diri saya dan awak-awak semua. 

"Ini dia mask N95, bagi yang tak tahu ;)"

Jangan bawa main-main jerebu-jerebu ini. Mungkin belum ada lagi rekod kematian disebabkan jerebu, tapi mana tahu suatu hari nanti kita yang terkena, sebabnya bumi ini, makin lama bukannya makin muda. Bumi ini dah cukup tua dan sebenarnya kalau dianalogikan bumi ini dengan manusia, bumi ini dah tak ada dah ataupun kita boleh katakan dah kiamat dah.

Tapi, semua itu kuasa Allah. Hanya Allah sahaja yang tahu, bila kiamat itu akan berlaku, dan yang pasti kita semua kenalah bersiap sedia dengan sebarang bencana yang berlaku. Sebenarnya, kalau nak diceritakan tanda-tanda kiamat ini, dah terlalu banyak dah muncul daripada yang kecil sehinggalah ke besar. Hanya kita, sama ada peka ataupun tidak dengan tanda-tanda ini. 

Cuba tanya diri sendiri..

"Adakah selama ini aku peka/tahu tentang hadirnya tanda-tanda kiamat kecil/besar ini?"
"Adakah aku sudah bersedia untuk menghadapi segala bencana yang bakal menimpa?"
"Adakah amalanku sudah mencukupi untuk aku ke syurga?"
"Bagaimana dengan nasib keluarga aku nanti bila dipandang masyar sedangkan pada waktu itu aku tak mampu menolong mereka kerana manusia pada waktu itu hanya memikirkan tentang diri mereka sahaja?"
"Adakah aku sudah bersedia untuk berada dipandang masyar yang mataharinya hanya sejengkal di atas kepala?"

Tanya pada diri. Tanya pada iman. Tanya pada hati. Jangan hidup bertuhankan nafsu, kelak memakan diri. Hiduplah bertuhankan Allah yang Esa, in shaa Allah bahagia menanti. Biarlah kita berpenat didunia, kerana ingin rehat diakhirat. 

Sekiranya ada sesuatu yang kita lakukan dan kita rasa serba salah dan serba tak kena, selalu tanya diri,hati dan iman akan setiap hal yang kita lakukan. Selalu tertanya-tanya adakah Allah redha dengan apa yang aku lakukan? Adakah parents aku redha dengan apa yang aku lakukan?

Sampai sini sahaja entry kita kali ini. Asif jiddan, maaf sangat-sangat sekiranya entry saya kali ini ada silap dan salah. Manusia biasa dan lemah seperti saya, tiada kuasa dan tidak sempurna melainkan Allah. Sekiranya ada silap, sudilah komen dan menegur kesilapan saya. In shaa Allah, saya akan menerima dengan hati yang terbuka dan berlapang dada kerana saya masih lagi baru dan ingin belajar. Sekian, Wasalam. :)



Sunday 13 September 2015

EGO

Assalamualaikum w.b.t
" Jadikan kesilapan sebagai sebuah Pengajaran"

Hey guys. So, tengah buat apa? Meh lah singgah kejap blog saya yang tak seberapa ini. Tak baca pun tak apa, melawat blog saya sudah cukup menggembirakan hati saya. ;) *wink wink
Serious talk ini, bukan nak gain simpati cuma nak lah juga blog saya ini semeriah blog lain. Harap itu bukan sekadar angan-angan. Please make it truth for me. :'(

Oraittt,,,berbalik pada tajuk kita. 

EGO.

Huh..amik kau. Sebesar-besar alam aku tulis and bold lagi itu. Kalau tak nampak itu tak tahulah. hahaha...ada yang sentap??? ada yang terasa?? entry memang untuk buat anda terasa dan tersentap seketika. Kalau sebelum ini, entry kita sweet-sweet, comel-comel. Kali ini kita bagi sentap sikit. *hahaha...ketawa jahat

Bukannya apa, Manusia ini, especially saya lah, kalau tak disentapkan sedikit hati itu. Pergh!! memang tak berubah..hahaha.. Mungkin ada yang macam saya, mungkin ada yang suka cara lembut dan lebih kepada pendekatan. It;s okay. Setiap orang ada cara tersendiri untuk berubah. ;)

Ok...now, Aiman Banna.
"aik, apahal tetiba keluar nama aiman banna ini?"
"Siapa dia itu" 
*ada ke yang tanya macam tu pasal dia...hahaha..mungkin segelintir.
" Kenapa dengan dia? Skandal ke?"
*amboiiii kau...dia dah isteri ok. Jangan nak menggantal and mengada-ngada kau.  Kena sailang ngan bini jangan salahkan sis ok.. :)

Mungkin ramai yang dah tahu tentang kewujudan Aiman Banna ini. Daripada seorang famous blogger, famous di laman sosial. Bagi siapa yang tak tahu. Pergilah search dekat 'Mr. Google' tentang dia. Banyak info pasal dia di internet, just type ' Aiman Banna'..ok. Mudah bukan?? *cewah..dah macam kelas tuto dah and fyi, umur dia sama dengan umur saya. OMG!!! ok, takde kaitan tapi jeles sikit itu adalah. 

Ok, back to him. Semalam saya pergi talk Aiman Banna. Based pada talk dia, dia banyak cakap pasal ego. Dan dia start berubah bila dia mula merendahkan ego dia. :)

Jadi, sekiranya kita ingin berubah, start bertanya pada diri sendiri. Adakah kita seorang yang kuat egonya? 

"Ego??"
" Kenapa dengan ego??"
"Apa kaitan berhijrah dengan ego?"

Sabar, sabar. Bagi sis terang satu persatu. Bagi yang tak tahu ego itu apa. Bagi saya terang based on apa yang saya faham. 

Ego itu merupakan satu perasaan yang berkait dengan hati. Ego ialah perasaan keras kepala atau kata lembutnya ikut suka kepala dia nak buat apa tanpa menghiraukan nasihat orang lain. That's what ego means as what I knows.

" Jadi, apa kaitan ego dengan berhijrah??"

ok..sangat-sangat berkaitan antara ego dan  berhijrah. Kenapa saya menulis seperti itu. *kita menulis dan membaca tau bukan bercakap. :)

Sekiranya seseorang manusia nak berubah, dia haruskan menurunkan ego dia serendah-rendahnya. Sebab orang yang tinggi ego ini, tahap dia nak berubah itu telah ditutupi setebal-tebalnya oleh ego dia. Bagi sesiapa yang tahu dan pernah menghadapi orang yang memiliki ego yang tinggi dan kuat ini, mereka sangat-sangatlah sukar untuk diarah dan sampai satu tahap kita terpaksa mengalah kerana ingin mengelakkan pergaduhan. 

Nampak tak, betapa bahayanya ego ini kepada manusia terutamanya dalam sesuatu perhubungan. Disebabkan ego ini, hubungan kita sesama manusia boleh berpecah belah dan menyebabkan pergaduhan. Perkara yang kecik pun boleh jadi besar disebabkan terlalu tinggi ego ini.

Jadi, bagi sesiapa yang terasa diri dia itu memilik ego yang tinggi. Saya minta sangat-sangat, saya merayu *sis tak pernah merayu sampai macam ini* 

Tolong rendahkan ego anda. Jangan disebabkan ego anda terlalu tinggi, anda bukan sahaja kehilangan orang yang tersayang malah anda akan merasa lebih jauh dari Allah dan disebabkan itulah kenapa kita selalu merasa hati tak tenang, gelisah, gusar. Perkara itu juga boleh menyebabkan diri kita, sewaktu melakukan ibadah, seolah-olah kosong. Umpama kita melakukan sesuatu perkara tetapi kita tak tahu kenapa kita lakukan sedemikian dan sebab apa. Kosong.

Tolong ye. Kalau awak tak rendahkan ego awak itu, tak kemanlah awak pergi. Awak bukan dapat faedah apa-apapun, malah rugi adalah. Awak akan kehilangan mereka yang tersayang. Tak salah kita nak tunjukkan kasih sayang especially lelaki/ kaum suami/ kaum ayah.

Rasulullah dulu pun seorang ketua yang sangat prihatin, lemah lembut, penuh dengan kasih sayang, penuh dengan rasa kecintaan sama ada sebagai pemimpin, seorang suami, seorang bapa mahupun seorang datuk. Rasulullullah merupakan contoh yang sangat terbaik untuk dijadikan sebagai idola kita, bukan sahaja kaum Adam, malah kaum Hawa juga. 

SubhanAllah, sungguh mulia Rasulullah. Itulah sebab beliau menjadi kekasih Allah kerana sifat beliau yang cukup sempurna di mata umat beliau. Saya pun jauh lagi perjalanan sekiranya hendak dibandingkan dengan Rasulullah. Masya Allah. Saya sangat sangat sangat cintakan beliau terlalu cintakan disebabkan sifat beliau dan cara beliaulah saya tanamkan dalam diri saya rasa cinta saya pada Rasulullah. Sungguh mulia hamba Allah ini. 

Alhamdulillah. Semoga entry kali ini dapat memberi seribu satu pengajaran buat diri kita dan orang disekeliling kita untuk merendahkan ego. Saya memohon maaf sekiranya ada salah silap sepanjang enrty ini ditulis kerana saya hanya insan biasa yang masih lagi bertatih dan mencari-cari cahaya agama. Saya memohon maaf andai entry ini ada mengguris hati sesiapa. Niat saya untuk berkongsi dan mengubah diri saya, diri awak kejalan yang lebih mulia dan dekat dengan Allah.
Semoga bermanfaat,

Seandainya ada perkongsian ataupun kesilapan pada entry saya kali ini. Mohon komen yea supaya saya mampu memperbetulkan entry saya yang lain agar bertambah ilmu kita bersama. In shaa Allah. Wasalam :)



120915-Makkah

Assalamualaikum w.b.t
SubhanaAllah. In shaa Allah, one day.

Hey guys. Dah lama tak menulis. Bukan tak ada masa, just banyak je masa cuma tahap kerajinan untuk menulis itu belum timbul lagi. Oraitt, hari ini, Ahad, 13/9/2015 dan sudah 12 hari saya menetap dan menjadi warga USIM. Alhamdulillah, semua ok. Mungkin culture shock sikit sebab as we know that, USIM accept many of international student's to study here. It's my first time seen foreigner, yet, not first time but first time seen them closed.hahaha..so, its a little bit shocked. Okayyy, kita stopkan dulu cerita pasal saya and USIM.

Entry kali ini kita nak cerita something yang menggemparkan dunia terutamanya bagi mereka yang beragama Islam included me. As we knows, berita ini dah tersebar ke seluruh dunia and some of them feel symphatize and sad but some of them feel happy for what had happened(especially for a non-muslim in others country).

Semalam, atround 4.00 pagi waktu Malaysia kita telah digemparkan dengan accident di mana crane yang berada di sekitar bangunan makkah itu telah terjatuh dan mengakibatkan 157 orang jemaah meninggal dunia (tak silaplah) dan 200++ yang lain cedera. Saya dapat tahu benda ini pun dari twitter dan instagram. Biasalah orang dok post sana, post sini. Jadi saya pun bacalah dan terkejut juga sebenarnya dengan berita ini. Astaghfirullahal'azim. Based on maklumat yang saya depat and beberapa video yang saya tengok, crane tu terjatuh disebabkan disambar oleh petir (wallahu'alam, saya tak pasti).

Tapi, itulah kekuasaan Allah. Walaupun, Makkah sebuah negeri yang suci, aman tetapi macam-macam boleh terjadi apalah Allah berakta 'kun fayakun' , maka jadilah ia. Mungkin ada ahli keluarga yang sedih dengan kejadian yang menimpa. Saya juga ada dapat maklumat yang mengatakan 8 orang jemaah Malaysia masih hilang. Marilah sama-sama kita mendoakan semoga jasad jemaah yang hilang ini ditemui dan bagi jemaah yang meninggak dunia, didoakan ditemoatkan dikalangan orang-orang yang beriman bersaman para sahabat. In shaa Allah.

Sebenarnya, saya agak tertarik dan mungkin suatu keajaiban terutamanya untuk umat Islam kerana kejadian ini berlaku di Makkah dan pada waktu Jumaat, dimana kita tahu hari Jumaat merupakan hari yang sangat mulia di sisi umat Islam dan penghulu segala hari. Masya Allah, sungguh bertuah bagi mereka yang meninggal dunia pada hari Jumaat. Tambahan pula, mereka meninggal dunia di rumah Allah, di tempat yang suci, di tempat di mana para nabi dimakamkan. SubahanAllah, sungguh Allah memuliakan mereka dengan cara ini. Mungkin accident ini kedengarannya agak teruk, yelah, 'crane' terjatuh dan terkena para Jemaah yang menunaikan haji. Tetapi disebalik itu, masya Allah, sungguh besar ganjaran bagi mereka dan cara Allah nak tunjukkan mulianya mereka yang meninggalkan dunia ini . Ramai yang dah post benda ini, serta ramai juga yang mendoakan yang baik-baik untuk para Jemaah yang meninggal dunia. Semoga peninggalan mereka dari dunia mendapat seribu keberkatan, kerahmatan dan keampunan di sisi Allah serta mereka ditempatkan di tempat yang mulia bersama dengan para nabi, para sahabat nabi dan para tabi' tabiin. Amiinn..

Baiklah, saya sampai disini dulu entry saya kali ini. Kalau ada salah dan silap sepanjang saya menulis, mohon ampun dan maaf kerana saya masih kurang dalam bidang penulisan . Saya hanya seorang manusia yang masih banyak kelemahan. Sekiranya ada kesilapan, mohon komen di ruangan entry ini agar kita dapat sama-sama perbetulkan kesilapan itu dan saya dapat lebih berhati-hati dalam bidang penulisan Dengan rasa rendah diri, Wasalam :)

Monday 7 September 2015

AisyaAzman's Blog Award & Bloglist

Assalamualaikum w.b.t.


Back then aku selalu dapat sticker 'blog award' tu. Dengan bangganya aku tayangkan dekat sidebar. Rasa macam dihargai sangat. Entah kenapa sekarang macam dah tak ada atau aku je yang tak tahu. Haha. Some people bagi hadiah. In my case, aku bagi award. Best kan? Selain daripada sticker 'blog award' kalian pun akan masuk bloglist jugak.

Buat masa ni, aku pun ada usha usha jugak blog yang kemas and awesome pada aku. Pada aku, okay?  I like it clean and neat. Yang dah berjaya masuk bloglist aku dari awal dulu, korang memang akan dapat sticker 'blog award' tu tapi ada tugas buat kalian. Haha! Nak minta korang war-war kan je blog award yang tak seberapa ni. Tapi yang aku boleh jamin, confirm korang akan suka sticker ni sebab aku pun suka. Tengah fikir ni nak buat khas untuk lelaki and perempuan. Haha. Baru best, kan? Blog dah cantik cantik, takkan nak letak sticker yang agak keperempuanan, ye dak? Hilang macho brader tu. Haha.

Tapi ada syarat. Come on. Mesti ada syarat. Tak susah & tak perlu keluar duit pun.


Copy & paste coding banner untuk kalian war-warkan di entry nanti.
<a href="http://aisyaazman.blogspot.my/2015/09/of-blog-award-bloglist.html">
<img src="http://i1105.photobucket.com/albums/h347/aisyaazman/1.jpg" border="0">
</a>

Pemenang yang dah tersedia kena war-warkan pasal blog award
 ni dengan copy paste this whole entry dan pastikan kalian 
tag nama mana-mana bloggers lain yang kalian tahu. 
Blog tu mestilah kemas dari segi warna, font dan mudah dibaca.

❤ Calon yang sudah di-tag, silalah kembali ke blog aku dengan click banner di
 atas atau secara manualnya taip address blog aku dan tinggalkan
 link blog kalian di bahagian comment aku & kalian pun
 haruslah war-warkan juga. Boleh? 


Kalau ada sesiapa yang terbaca dan beminat nak join, boleh saja!

  Follow aku dengan click button follow di kanan atas, follow 
aku di Google Plus dan tinggalkan link di tab exchange link. 

  Pemenang akan diumumkan pada 3 October jam 11:59pm di sini. 
Nama akan disenaraikan dan bolehlah ambik sticker blog award
 masing-masing mengikut jantina dan tampal di sidebar dengan bangganya. Yay!

  Yang tak dapat, awal-awal lagi aku mintak maaf. Hihi. 
Cuba lagi untuk blog awards akan datang. Mana tau aku nak 
buat blog award untuk blog paling comel ke, blog paling informatif ke. Kan? 
Boleh tinggalkan cadangan di ruangan komen juga :) 

 Tinggalkan comment di bawah dengan format berikut : 

 Saya nak sticker please!! 
Saya dah follow blog!
 Saya dah follow google plus!
Saya dah exchange link!
Ini blog saya : isikan URL blog di sini 
Saya seorang : (Jantina) yang (cantik / macho) 

 Syarat bawah sekali tu macam membuli kan? Tapi dulik apa aku. Haha.

*Since this is my first award giveaway, kalau ada kekurangan di mana mana, mohon maaf la ya. Kalau ada sebarang pertanyaan, silalah tanya di aisyaazman.blogspot@gmail.com

*Aku tidak menggunakan mana mana laman web yang boleh pick nama randomly, ya. Semua bakal pemenang adalah melalui pemerhatian diri sendiri sahaja,


 I am all excited! 
 AisyaAzman

Tuesday 1 September 2015

Hati

Assalamualaikum w.b.t.

" Hati.. kenapa begini?"

Hei guys...huhuhu..malam ini mood saya swing gila.. .mmm, tak tahulah. Esok saya dah pergi untuk pendaftaran untuk ke USIM. Mungkin saya tak sedia untuk tinggalkan family, tapi sampai bila. Ye idok?? Adakala pengorbanan itu penting untuk kita berjaya. Saya kena kuat. Betul tak?? Jadi tolong bantu saya untuk jadi kuat. Saya rasa, mereka yang pergi meninggalkan family jauh untuk belajar atau kerja juga mempunyai perasaan yang sama seperti saya.

Perasaan yang sangat berat dan sedih untuk tinggalkan family..hahaha...Merepeklah saya ini. OMG!!! tolong saya. Apa-apapun, saya harap esok semuanya berjalan dengan lancar seperti yang direncanakan. In shaa Allah. Wish for me guys. Huhuhu...walaupun tak ready untuk pergi berjauhan dari family, tapi sampai bila saya nak terus bergantung pada family. Saya pun nak tunjukkan yang saya mampu berjaya dan buat parents saya bangga. 

Haishh..hati..hati..hati..tolong aku untuk kali ini je. Tolong kuat dengan perpisahan yang sementara ini. Tolong kuat untuk aku membantu aku menjalani kehidupan baharu aku. Tolong bantu aku kuat untuk aku terus belajar sebagai seorang mahasisiwi. Tolonng aku kuat agar aku mampu membanggakan parents aku. Pleasee...I'm begging you.... :)

Johor ke Nilai memang tak jauh pun. At least saya bersyukur sebab saya dapat melanjutkan pelajaran ke universiti yang diidamkan dan tidak berapa jauh dari family saya. Alhamdulillah. Saya pendaftaran esok. Pagi-pagi esok, around 3 atau 4 pagi, saya dah kena bertolak daripada rumah untuk ke Nilai. Maklumlah, nak save budget katanya. Tak payahlah tidur hotel. Nak mandi , solat and sebagainya, hanya di rnr sahaja. Nasib baiklah rnr dekat Malaysia ada banyak kemudahan..syukur.. Alhamdulillah.

Baiklah guys..saya nak check barang2 untuk esok dan tidur sebab esok nak bangun pagi-pagi. Doakan saya semoga selesa berada di tempat baru, dapat kawan yang baik, dapat lecturer yang baik dan lemah lembut serta mampu menghabiskan pengijazahan saya selama 4 tahun dengan sempurna. Amiinn... :D

Terima Kasih. Wasalam. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...