Membebel Time!
Alhamdulillah... :)
Saya ASya: 2013

Thursday 19 December 2013

Hello -.-

Assalamualaikum.
 With the name of Allah Ar-Rahman Ar-Rahim.


Wow!!!Rasanya macam dah lama gila2 aku tak berblogging.Sebelum ini asyik dok fikir belajar je(belajarlah sangat,saje nak tunjuk rajin,puih!),sampai terlupa yang aku ada blog.Al maklumlah,sekarang ini terlalu banyak sangat medium sosial yang berleluasa di dunia ini(cewah!ayat tak bolehlah,macam nak amik SPM balik jerk,huhuhu) sampai terlupa blog yang direka.Aku dok merapu ini ada ke orang follow.Alhamdulillah,if ada,Sorang pun dah kira bersyukur.

Baiklah tetiba pula hari ini ter-rajin pula(terrajin tau bukan sengaja rajin) nak menaip.Lagipun Aku dah terlalu lama tinggal dunia blog.Jadi ingat  nak mula balik dari bawah.Takdelah bawah mana,banyak juga aku post tapi antara baca dengan tidak jerk.Aku pun dah termuntah-muntah nie,semua warna ada,cakap aje nak warna ape,sebab dah lama tak buka blog(orang selalu guna perkataan terbersin+berhabuk.aku guna perkataan lain macam sikit.hiks,hiks,hiks).

Actually(cewah!class kau Thirah!),banyak cerita yang I nak cerita kat U all(amik kau,terlebih class kau Thirah,Daebak!) sebab dah lama tak berblog.Tapi rasanya macam dah basi jerk cerita tu,so dah basi biar jelah basi.macam sambal belacan kalau dah basi,ada ke org nak makan lagi,Huh!macam tulah cerita aku.Ada ke orang nak baca.Mestilah nak story yg fresh2,ye dok!<i>Whateverlah ko Thirah.Ko yg tulis,kitaorang ini tukang baca jerk<i>Betul juga.Tetiba monolog sendiri.

Aku pun bosan sebenarnya.Yelah,lepas SPM ini tak tahu nak wat pe.Ramai juga kawan2 aku yang kerja.Tapi aku??Bukan malas just tak tahu nak kerja apa.<i> memilih sangatlah kau ini<i> bukan memilih just tak minat jek.Tapi untunglah sape2 yang pas interview UTP tu,bujan Jan 2014 dah boleh start buat foundatin or asasi.Aku?tunggu PLKN lama lagi,ingatkanan first take,rupanya second or third take.#kecewa.Ambil lesen,money not enough.#sigh.Whatever it is,life must be go on(tetiba).
Oklah,nak chow dulu,Aku rasa macam dah buat karangan rojak je,nati post lagi,just nak luah perasaan jerk.huhuhu.WASALAM

Monday 27 May 2013

AWAK.SAHABAT.JANJI.

Dengan lafaz....
Bismillahhirahmannirahim....



Should friends like this?

"Awak!kita rindu awak.kita jumpa masa amik result SPM nanti tau.Awak janji tunggu saya tau" luahku kepada rakan-rakanku yang lain melalui telefon bimbit Sony Ericson jenis Xperia yang ayahku beli 2 tahun lepas...
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * *  * * * * * * * * * * * * * * *
Mungkinkah situasi ini akan aku hadapi apabila SPM sudah tamat?Adakah aku akan merindui mereka selepas tamatnya SPM?Inikah yang dinamakan dengan persahabatab sejati.Aku selalu mengarapkan sebuah persahabatan yang akan kekal abadi sehingga ke syurga.Dan aku juga mengharapkan persahabtan yang aku jalinkan bersama-sama sahabat-sahabatku ini terjalin kerana Allah.
Sahabat.Memang itu yang rapat denganku selepas ibubapaku.Memandangkan aku duduk di hostel dan dikelilingi dengan rakan-rakan yang berbeza umur.Mungkin kerinduan itu akan terasa.
"aarrrggghhh....rindunya nak blik zaman zekolah menengah.rindunya nak main ngan kawan-kawan..."kebanyakan luahan tersebutlah yang aku dengar terutamanya  para pekerja yang sudah bekerja.Maksudnya. zaman persekolahanlah zaman yang paling menyeronokkan.
Tapi,bagi budak zaman skolah macam aku mesti ada yang kata:
"SEKOLAH!!!!buat-buat demamlah,malas betul nak pergi sekolah"
@
"Bilalah nak habis sekolah,tak sabar betul.Orang tak nak pakai baju uniform sekolah ini lagi"
Kebanyakannya,itulah rungutan yang aku selalu dengar oleh pelajar-pelajar sekolah termasuklah aku sendiri,hehehe.
Jadi ,sahabat itu penting sangat dalam kehidupan.Tak semua orang dalm dunia ini mampu hidup sendiri.Dia cuba macam man pun still tak boleh jugak.Sebab sahabat itu penting sekurang-kurangnya kita memerlukan seorang sahabat untuk meluahkan segala perasaan yang ada dalam diri kita.sedih,suka,gembira.selepas ibubapa kita.Tapi sebaik-baik tempat untuk kita meluahkan perasaan adalah pencipta kita sendiri yang mengetahui setiap isi hati dan perilaku ciptaannya sendiri.iaitu ALLAH.

P/S:Allah is always beside us.Jadi adlah lagi baik sekiranya Allah kita jadikan tempat di dalam hati kita sebagai tempat untuk kita meluahkan segala perasaan.#hanya perkongsian sahaja

Tuesday 26 March 2013

Exam ALLAH!!!

525693_10151307016759602_1794717544_n_large
*Syok nya hidup kalau dapat buat mcam nie...*

Assalamualaikum semua....Apa khabar??Alhamdulillah,sihat.Wah,entry kali ini berkaitan exam.Aku rasa ramai yang dah tahu.mungkin akan ada yg kata...
"budak ini mesti nak cerita pasal result exam dia"
or
"budak ini mesti nak cerita yang dia takut nak exam"

huhuhu....jgan marah ya,saya sekadar meneka.Kalau betul harap dimaafkan,tak ada niat pun nak mengutuk or mengejek.*peace*_*
Saya tahu,semua orang dalam hidup akan menghadapi exam,exam ada di merata-rata tempat.Tak semestinya kita duduk kat satu kelas,meja jarak-jarak,penggang pen or pensel,bagi kertas soalan,jawab tanpa meniru*jeling kanan kiri*.....
Exam Allah????ada tahu exam Allah....ataupun bahasa 'bugis'nya,ujian daripada Allah.
hehehe...saya saja je nak guna bahasa yang mudah faham.*faham ke?*
Back to the topic.Kita hidup kat bumi Allah ini takkan pernah lari dengan ujian dan dugaan dari Allah.Setiap seorang dari hambaNya pasti akan menerima ujian dariNya dalam apa jua bentuk.Kita sendiri pun tak tahu bentuk.Antaranya mungkin dari segi harta,rupa paras dan apa-apa yang mampu melalaikan kita.

Allah ada berfirman:لا يكلف الله نفسا إلا وسعهاAllah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya. [Al-Baqarah: 286]
Jadi berdasarkan ayat di atas,dapatlah ditafsirkan bahawa Allah akan memberi ujian kepada tiap-tiap hambaNya mengikut kemampuan hambaNya untuk menanggungnya.Allah tahu kita mampu untuk menghadapinya,sebab itulah kita diberi ujian yang Allah beri pada kita.
Kalau kita tak mampu,takkan Allah nak beri ujian pada kita sedangkan Dia tahu yang kita tak mampu.Lagipun,Allah sudah merancang apa yang terbaik untuk kita di masa hadapan kelak setelah kita menghadapi ujianNya.Saya yakin RESULT nanti mesti GEMPAK!!!In sya Allah...
Ujian yang diberikan juga adalah untuk mengukur tahap keimanan seorang hamba. Ini telah dibuktikan secara jelas berdasarkan ayat 2-3 surah al’-Ankabut;
أحسب الناس أن يتركوا أن يقولوا آمنا وهم لا يفتنون. ولقد فتنا الذين من قبلهم فليعلمن الله الذين صدقوا وليعلمن الكاذبي
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu dugaan)?Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu sebelum mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang benar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya akan orang-orang yang berdusta. [al-Ankabut: 2-3]
Dapatlah disimpulkan disini bahawa Allah amat menyayangi kita sehingga Dia ingin memberi ujian kepada kita agar kita mampu memperoleh sesuatu yang di luar jangkaan.Misalnya,peperiksaan kat sekolah or Universiti,takkanlah cikgu or lecturer kita suka-suka je nak buat ujian kalau bukan untuk kebaikan kita*cuba fikir secara logik and sedalam-dalamnya*
Budak sekarang ini tiba exam je "huh,exam.Cepatnya!!!"betul tak???saya pun macam tu juga,tak payah tengok orang lain sebabnya saya still sekolah lagi.Nak-nak tahun ini SPM...woah,struggle lah jawabnya........hahaha.
Ok arh.Wasalam.
p/s:Doakan saya 11A+ dalam SPM 2013.Semoga Allah memberkati kehidupan kamu *peace*




Saturday 16 February 2013

Uhibbuka Fillah

Assalamualaikum w.b.t.

 
"Apa yang anda faham berdasarkan gambar????"

Baiklah,hari ini blog aku dah tak bersawang.Sebabnya semalam aku dah bersihkan dengan kata-kata yang bermanfaat.Alhamdulillah,aku bersyukur kehadrat Allah S.W.T kerana telah meminjamkan aku sehari lagi oksigen untuk aku bernafas dan melihat keindahan ciptaanNya.In sya Allah,aku akan memanfaatkan pinjamanNya sebaik-baik mungkin.

Mungkin cerita dah lama,lebih kurang seminggu lalu,tapi aku tetap nak share juga ngan kamu kegembiraan yang aku rasa.Alhamdulillah,pada 7 Februari yang lalu,genaplah usia bapaku 46 tahun.Aku bersyukur kerana sepanjang 17 tahun ini,Allah menghadiahkan aku seorang bapa yang sangat memahami dan sentiasa menyokong segala keputusan yang aku lakukan dari belakang.Aku bersyukur juga kerana Allah telah memanjangkan usia bapakusehingga kini.

Pengalaman yang tak boleh aku lupakan buat pertama kalinya,seumur hidup aku,aku tak pernah sekalipun menghadiahkan ayah aku presents.Hanya doa sahaja hadiah yang mampu aku berikan.Tapi,untuk tahun 2013 ini,Allah telah memberi peluang kepada aku dan adik-adikku untuk memberikan sesuatu kepada ayahku walaupun tak seberapa dan tak setanding pengorbanannya terhadap aku dan adik-adikku tapi aku tahu ayah aku akan menghargainya.

Kali ini,aku menceritakan tentang bapaku.Mungkin lain kali aku akan menceritakan berkaitan ibuku pula.Jeng,jeng,jeng....nantikan(macam drama pula)..

Untuk Ayahku,doa khusus untukmu dan terima kasih kerana membesarkanku dengan penuh kasih dan sayang serta aku berterima kasih kepadamu kerana tanpamu tak mungkin aku mampu untuk berdiri setanding dengan pelajar-pelajar pintar yang lain dan aku berjanji pada diriku dan padamu serta ibu bahawa aku akan memegang segulung ijazah serta mendapat pekerjaan yang halal.Insya Allah....

p/s:Walau seburuk dan sehina pun ibubapa kita,mereka tetap orang yang sentiasa mendoakan kita walau di mana pun kita berada.Bersyukurlah kepada mereka yang masih mempunyai ibubapa kerana doa ibubapa akan mengiringi kejayaan mereka.Bagi mereka yang sudah kehilangan ibubapa,doakanlah kesejahteraan mereka disana kerana doa anak-anak yang soleh akan menjamin mereka untuk memasuki syurga...Insya Allah.






BFF(Best Friends Fillah)???

Assalamualaikum w.b.t



"Kawan memang diperlukan walau macam mana keadaan sekali pun,sedih or susah"

Wah,dah bersin-bersin aku bila start sign in blog nie.Kesian blog aku,dah bersawang.Dah lama tak merasai belaian kasih sayang daripada aku.Almaklumlah sifat malas sdang menguasai diri.Orang kata "kalau kita nak jadi blogger yang baik,kena rajin menulis,ya tak".Tapi aku,bukan setakat malas je ada,masa pun dah tak ade.Lagi-lagi stay hostel,lagi arh masa tak ada.Dah tu,SPM plak tu.Mak oi!!makin kesuntukan masa aku dibuatnya.Tapi kalau aku pandai merancang masa itu akan sentiasa ada untuk aku berkongsi dan kembali menaip seperti dahul walaupun tak berapa aktif.

Wow!!!Panjang berjela aku tulis.Ada ke yang sudi membaca??Harap ada lah ya...baiklah.Kamu masuk je blog aku ini,mesti dah nampak gambar kat entry aku ini kan....maybe certain dah tahu apa yang aku cuba sampaikan.Baguslah.Tapi kalau ada yang tak faham,cuba faham kan betul...cuba baca ayat di gambar tu betul2...walaupun bait2 kata tersebut tak seberapa mendalam,tapi sudah cukup untuk aku menyampaikan segala-galanya(^_^).

I don't need words to express
I don't need tears to shed.
I don;t need to ask for a smile.
or ahand to hold me...
All I need is
to be your friend forever.

Tidak semua orang mampu berdiri sendiri,tanpa sokongan dan bantuan orang lain.Kalau ada,memang aku tabik springlah.Sedangkan aku pun mmerlukan seseorang yg digelar 'Sahabat' untuk aku terus melangkah kehadapan.Walaupun,kadang2 perangai mereka menyakitkan hati aku tapi merekalah yang sentiasa ada disisi aku saat aku sedih,senang,susah,gembira melainkan Allah dan ibubapa aku.Aku bersyukur
 kerana Allah telah meminjamkan aku sahabat-sahabat yang memahami aku di dunia ini.Aku tidak merasa keseorang.Aku tidak merasa kesepian.Malah aku merasa beruntung kerana ada insan yang mahu berteman dan bersahabat denganku melainkan ibubapaku sendiri.

Mungkin kamu pernah dengar ayat ini 

Berkawan biar beribu,berkasih biar satu

Tidak semua orang mampu memperoleh rakan mahupun sahabat yang betul-betul tulus dan ikhlas menyayangi mereka.Berkawanlah dengan orang yang sentiasa mendekatkan dirinya kepada Allah,kerana aku yakin suatu hari nanti kamu akan merasa bersyukur dan selamat apabila kamu berkawan dengan orang seperti mereka.

BFF(Best Friends Fillah) till Jannah
Zetty
Arina
Huda
Naziha
Shahirah
Aqila
Najihah
Haziqah
Aisyah Jumali
Rafida
Hanani
Sahlin
Hasyekin
dan 4/5 Anggerik d'weller's
dan Form 5 Apuri's

p/s:Hargailah Sahabat kerana mereka umpama permata yang sangat bernilai harganya dan mampu dicuri pada bila-bila masa sekiranya kita tidak menjaganya dengan betul dan selamat.

*Best Friends Fillah=Sahabat Sejati kerana Allah


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...