Membebel Time!
Alhamdulillah... :)
Saya ASya: Uhibbuka Fillah

Saturday 16 February 2013

Uhibbuka Fillah

Assalamualaikum w.b.t.

 
"Apa yang anda faham berdasarkan gambar????"

Baiklah,hari ini blog aku dah tak bersawang.Sebabnya semalam aku dah bersihkan dengan kata-kata yang bermanfaat.Alhamdulillah,aku bersyukur kehadrat Allah S.W.T kerana telah meminjamkan aku sehari lagi oksigen untuk aku bernafas dan melihat keindahan ciptaanNya.In sya Allah,aku akan memanfaatkan pinjamanNya sebaik-baik mungkin.

Mungkin cerita dah lama,lebih kurang seminggu lalu,tapi aku tetap nak share juga ngan kamu kegembiraan yang aku rasa.Alhamdulillah,pada 7 Februari yang lalu,genaplah usia bapaku 46 tahun.Aku bersyukur kerana sepanjang 17 tahun ini,Allah menghadiahkan aku seorang bapa yang sangat memahami dan sentiasa menyokong segala keputusan yang aku lakukan dari belakang.Aku bersyukur juga kerana Allah telah memanjangkan usia bapakusehingga kini.

Pengalaman yang tak boleh aku lupakan buat pertama kalinya,seumur hidup aku,aku tak pernah sekalipun menghadiahkan ayah aku presents.Hanya doa sahaja hadiah yang mampu aku berikan.Tapi,untuk tahun 2013 ini,Allah telah memberi peluang kepada aku dan adik-adikku untuk memberikan sesuatu kepada ayahku walaupun tak seberapa dan tak setanding pengorbanannya terhadap aku dan adik-adikku tapi aku tahu ayah aku akan menghargainya.

Kali ini,aku menceritakan tentang bapaku.Mungkin lain kali aku akan menceritakan berkaitan ibuku pula.Jeng,jeng,jeng....nantikan(macam drama pula)..

Untuk Ayahku,doa khusus untukmu dan terima kasih kerana membesarkanku dengan penuh kasih dan sayang serta aku berterima kasih kepadamu kerana tanpamu tak mungkin aku mampu untuk berdiri setanding dengan pelajar-pelajar pintar yang lain dan aku berjanji pada diriku dan padamu serta ibu bahawa aku akan memegang segulung ijazah serta mendapat pekerjaan yang halal.Insya Allah....

p/s:Walau seburuk dan sehina pun ibubapa kita,mereka tetap orang yang sentiasa mendoakan kita walau di mana pun kita berada.Bersyukurlah kepada mereka yang masih mempunyai ibubapa kerana doa ibubapa akan mengiringi kejayaan mereka.Bagi mereka yang sudah kehilangan ibubapa,doakanlah kesejahteraan mereka disana kerana doa anak-anak yang soleh akan menjamin mereka untuk memasuki syurga...Insya Allah.






No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...