Membebel Time!
Alhamdulillah... :)
Saya ASya: August 2015

Wednesday 26 August 2015

Smile

Assalamualaikum w.b.t


Hello guys..So, how are you? Hopefully you are in a good condition and happy with what you do before, right now or later on.  If you are not in a happy mood, try to think positive and loosen a little bit your tight face with a big smile on your lips, eyes, nose...hahaha..because

Smile. You have every right. Do not need any permissions or paid to smile. :D
Trust me. Smile will make you better, maybe not much, but at least you got some peace and ease in your heart. Your heart would not fill hurt or too burden just because some of problems. In the end, the problems would be resolve but, whether it has a good solutions or bad solutions. Just try to accept it and have faith on it. *alamak..hari ini kita berspeaking pula..hahaha*

Sebenarnya, hari ini saya gembira sangat. Kenapa? Kenapa? Kenapa???
*hahaha..teroveracting pula kita* sebabnya saya berjaya pecah rekod untuk post enry pada bulan ini lebih dari dua post...wuhuuuu..hahaha..
"hek eleh dia ini..ingatkan apa tadi?"
"lah yeke..tahniah, tahniah"
"wah..baguslah, habis tu sebelum ini berapa post sebulan ini?"

Alright, kalau sebelum ini, saya hanya mampu post 2 or less entry in a month. But this months, I  got to posts my entry more than 2.. and for me, myself, it is an achievement sebabnya saya ini jenis malas membuka laptop, nak menunggu dia buka, klik sana, klik sini..haishh,malasnya..
"ish..apalah dia ini. itu pun malas."
Saya punya sukalah. Tapi tahun ini, azam saya*cewah, dah tengah tahun baru nak berazama bagai* nak terus aktif dalam dunia berblogging. Bukannya nak populariti, bukan nak duit,..hahaha..tapi nak kan satu kepuasan dalam hati saya yang saya tak mampu nak cerita mulut ke mulut kepada orang lain kerana segala-galanya saya suka bercerita dalam bentuk penulisan. Macam cerpen @ novel pula..hahaha..tapi itulah, itu saya. Saya pun tak tahu berapa banyak buku entah yang saya telah gunakan untuk luahkan segala isi hati saya dan mencoretkan perasaan pada hari tersebut dan segalanya saya coret dalam buku, dan orang selalu nampak buku itu just buku belajar biasa je..hahaha..tapi dalam itu, pergh bermacam-macam cerita, perasaan yang tersimpan dalam buku itu..
Almaklumlah..sebelum ini, kita mana ada laptop sendirian berhad, semuanya pinjam orang. Jadi, tak dapatlah nak merasa menaip sangat, Sebab itulah post saya yang sebelum-sebelum ini, sikit je..huhuhu..sedih kan hidup saya..okokok..Tak mau sedih-sedih sebab kita ini nak senyum dan tenang je sepanjang hari ini. Kalau nak menangis pun, menangis dalam kedaan senyum.
"erk..ada ke macam itu?"
"boleh pula?/ tak pernah dibuat orang..hahaha"
hahaha..cuba guys semua buat dulu..kalau dah buat menangis dalam senyum, apa perasaan sebab saya pun tak pernah buat. Bagi cadangan je bolehlah. Kalau dalam tv nampaklah selalu, tapi kalau real tak tahulah. huhuhu..

okayy..guys,entrykita stop di sini dulu. Satgi ada cerita @gossip menarik, ceq habaq mai na..Kalau hangpa semua ada cerita atau gossip menarik juga, jangan lupa komen atau tinggalkan pesanan di bog ceq..jangan segan dengan ceq,..ceq ini baik dan tenang je..*alamak.terpuji diri sendiri pula* Okaylah budak..bye..Wasalam. :D

Senyum itu sedekah yang mudah diperoleh pahalanya tetapi ramai yang melupakannya.
*Big smile on your face Dearssss*

Kawan dan Bola

Assalamualaikum w.b.t


Hello guys..wah..lately ini terlampau rajin pula saya mengupdate entry di blog.hahaha..satu kejayaan yang baik.*big clap for me..wuuhuuu*. Oraittt..siapa tadi tengok perlawanan JDT vs South China?? Siapa? Siapa? cer angkat tangan sikit..hahaha..okokok. Bukan nampak pun..ye idok? Keputusannya sangatlah sengit.
"Sengit?"
"Apa yang sengitnya?"
"Biasa aja...tak tahu tang mana sengitnya"
hahaha..okokok..saje je nak bagi nampak gempak sikit match tadi. Maklumlah org Johor, semangat dia tu lebih semangat..hehehe..okokok..kita tak nak ada semangat asssabiyah di sini. Blog ini bukan untuk memecah belahkan setiapa negeri. Kitakan 1 Malaysia, haruslah sokong antara satu sama lain. Tak mahulah berperang, bergaduh sana sini..nonono...lagi-lagi di bulan Ogos aka bulan kemerdekaan ini. Apa-apapun, match tadi seri je sebenarnya 1-1..so, bolehlah. Saya ini pun bukannya tengok sangat bola-bola ini. Bukan tak minat, cuma tak berapa sukalah. Entahlah. Sebab nampak aurat kot.
"alamak! ajet-ajet alim pula dia ini."
"Aurat? mana auratnya?"
Bukan bajet alim, cuma ianya perkara yang melibat dosa pahala. Kita pun tahukan aurat perempuan dengan lelaki dari mana ke mana. So, faham-fahamlah.
"Faham...tapi bola ini mana aurat nya?"
"Apa kaitan aurat dengan bola?"
Ops...sorry..maaf yea. Bola takde aurat.hahaha..pemain bola tu. Kalau perasanlah kan..pemain bola ini, kalau main bola selalu nampak lutut. Bukankah lutut itu aurat? Saya sedar ini pun sebab bestfriends saya yang bagitahu. hahaha..kalau dia tak bagitahu saya pun tak berapa sedar. Yelah, mana taknya. Kita nampak pemain bola ini pakai seluar, tapi seluar pendek dan menampakkan lutut. Bukankah kita dah tahu aurat lelaki ini antara pusat hingga lutut dan lutut tu dalam kategori aurat, tak kesahlah berapa besar kau punya seluar atau panjang seluarnya, selagi menampakkan 'lutut', auratlah juga tu dan berdosalah kan..hahaha..Lagipun, saya tanya dia kenapa dia tak suka bola and itulah jawapannya. Dari situ baru saya sedar, selama ini benda yang kecik dan kita tak sedar itulah akan menambahkan dosa kita...na'uzubillahiminzaliq..
Betullah apa yang selalu orang kata, someone yang hadir dalam hati kita pasti ada sebabnya, sama ada dia membawa kebaikan atau pengajaran untuk kita and she's gave something precious to me. Huarghhh...rindunya dekat dia. Rindu sangat sangat sangat. Lepas ini, kami dah tak leh nak berjumpa selalu sebab dia dapat dekat uitm puncak alam, saya pula usim..wahhhh..jauhnya kami dipisahkan. Walau kami hanya kenal dalam masa yang singkat, tak sampai setahun, but every moments with her is very precious to me and I couldn't forget about what we had done during our matriculation session. 

Hurmm..sekarang pun, kami banyak meluahkan perasaan rindu melalui instagram, wassap and call je. Maklumlah org Johor nak ke Shah Alam tu jauh...lagi dengan takde transport dan kekangan masa..memang jaranglah nak berjumpa. In shaa Allah, in the future, siapa tahu, kami berjumpa..huhuhu..dah rindu sangat. Ayak mata selalu kluar sebab rindu sangat nak dengar suara dia yang kuat mmebebl tu dan suka nyakat orang. Sebenarnya, saya suka dengar dia bercerita. Kalau dia bercerita, pergh..penuh emosi. Tapi yang tak boleh blah ye, dia tu emo sikit. Budak tu kecik je, tapi bila dia marah. wooooww..angin sepoi-sepoi bahasa terus jadi angin badai apa pun tak tahulah. Tapi di sebalik semua tu, dia jenis yang happy go lucky dan dia jenis macam tak kesah sangat. Bukan tak kesah macam mana. Macam lantaklah apa orang nak fikir pasal dia, dia pun tak kacau hidup orang tu. Dia selalu bagitahu saya

"Manusia ini selalu datang dan pergi. Kita takkan tahu apa itu sifat matang kalau kita tak pernah merasa kehilangan dalam hidup kita" 

Maksud dia kehilangan kat sini, macam kawan/manusia yang selalu datang dan pergi. Kalau kita terima kedatangan dia dengan perasaan yang senang dan gembira serta bila dia pergi dan mula menjauhkan diri dari kita atau dia dapat kawan yang lagi better dari kita, kita reda dan gembira untuk dia. Sebab memang sifat manusia untuk selalu mencari kepuasan dalam diri. Tetapi, untuk saya, dalam menjalinkan sebuah persahabatan, perlulah ada sifat saling mempercayai dan setia. Bukan sekadar dalam perhubungan je, persahabatan pun perlu tau. Sifat ini penting supaya kawan saya tahu yang saya selalu percayakan dia dan sentiasa setia dengan dia. Walaupun, masa tu dia dah tak perlukan saya, tapi saya akan selalu berfikiran yang mungkin ada kawan yang lagi baik dari saya yang boleh beri apa yang saya tak mampu beri dalam persahabatan. Sahabat ini, kita kena saling memahami, perasaan dia, perangai dia, cara dia sebab kita selalu dengan diorang setiap masa, setiap detik especially untuk mereka yang selalu menghabiskan masa dengan kawan-kawan. Andaikata suatu hari, kawan itu seperti manjauhkan diri dari kita. Cuba perbaiki diri kita. Lihat apa kekurangan yang ada dalam diri kita sebelum kita bertindak untuk menghukum orang lain. Mungkin kita kurang sempurna di mata dia walaupun kita rasa macam kita ini cukup sempurna untuk dia. Ingat..lain orang, lain pandangan dan fikirannya. 

Kita manusia not always perfect as what we see. Maybe kita nampak yang diri kita cukup sempurna, tapi pada pandangan orang lain berbeza. Sebab itu lah kita disarankan untuk selalu berfikiran yang kita ini masih lagi banyak kelemahan dan kesilapan yang kita lakukan samaada sedar atau tak. Macam kita beribadah. Selalu anggap yang ibadah kita tak cukup sempurna dan  cuba perbaikinya tipa kali kita beribadah. Try to practice that. Wah...malam ini panjang pulalah entry kita...hehehe.

okayylah..saya undur diri dulu yea...kalau ada rasa bosan baca entry panjang-panjang ini. Minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki.. :D
Wasalam.

Monday 24 August 2015

Medical Check Up guys...

Assalamualaikum w.b.t

*Chef Kang Sung Woo and Na Bong Sun*

Hello awak-awak semua. Wah...finally, habis juga saya tengok drama Oh My Ghostess iaitu Korean Drama. Bagi peminat drama k-pop, I recomended you to watch this drama especially yang belum tengok tu. Untuk yang dah tengok, kongsi-kongsilah dengan saya review korang pasal drama tu. Review saya? Review saya,not badlah drama tu.Walaupun drama tu a little bit not made sense to me, but it is quite interesting drama. Saya tengok drama ni pun sebab ada pelakon kegemaran saya. 
"Pelakon kegemaran?"
"Siapa?"
"Mesti actor lelaki itu ke?"
hahaha...okayy,kita berimaginasi lagi. Sebenarnya ada Park Bo Young, pelakon perempuan tu ataupun heroine tu. Dia tu comel sangat + cantik pula tu. Saya yang perempuan ni pun boleh 'terjatuh' cinta dengan kecomelan dia apalagi lelaki. ya idok? Apa-apapun drama ni tiptop lah, and on the list of my favourite drama guys..hahaha..

okokok..cukuplah menggedik tu. Sebenarnya entry kita bukan pasal drama tu. Entry kita yang seperti tajuk tu. Haa..nampak tak tajuk tu. Kalau tak nampak, diharapkan pakai speks ataupun tambah power speks anda.*okayy..joke*
Yup..tadi saya pergi buat medical check up dekat Klinik Penawar.
"Klinik Penawar?"
"Klinik swasta ke?"
"Amboi..kayanya dia.."*senyum terus*
Yup,definitely klinik swasta dan definitely kena keluarkan duitlah. Bukan sebab kaya tapi sebab urgent. You know what?! This is my first time doing medical check up and saya baru tahu kalau nak buat medical check up dekat hospital kerajaan dekat area daerah saya kena buat appointment. What?! Saya tak tahu pun dan malangnya saya tak boleh buat medical check up dekat Hospital Kerajaan sebab dah penuh dan saya memerlukan keputusan check up before 2/9 dan mereka hanya ada kekosongan pada bulan 9. .
'Ops! Sorry ler..kalau bulan 9, memang saya tak ler..' itu yang saya cakap dalam hati..hehehe..tak berani saya cakap depan-depan. Sedangkan masa saya pergi, just a few days after result keputusan upu keluar. Gila lah...Saya pergi hospital kerajaan ini seminggu lepas dan tak sangka saya dah penuh. Memang kecewa gilalah. Ingatkan tak payah nak keluarkan duit  sangat..hampeh betul..

Tetapi saya bersyukur jugalah sebab saya buat medial check up dekat klinik swasta, walaupun kena keluarkan duit sikit tapi at least result medical check up saya dapat cepat iaitu result x-ray and other check up. I'm also don't need to wait for such a long que or make an appointment to do this check up because everything just completed in one day.Alhamdulillah. Kalau dekat hospital kerajaan, saya kena tunggu untuk jumpa doktor dan kena tunggu result x-ray keluar for 2 weeks. Kalau klinik swasta, certainnya hari tu dapat resultnya dan macam saya, kena tunggu 3 hari sebab dia nak hantar ke makmal. Maybe nak observe kot, ada-ada tulang yang patah ke..hahaha..
minta-minta dijauhkan..huhuhu.

Untuk pengetahuan korang, saya pun baru tahu sebenarnya tadi. Kalau dekat klinik swasta, bayaran untuk setiap medical check up ini lain harganya depend pada borang universiti yang korang dapat itu. Ohh..lupa nak diberitahu. Sebenarnya saya buat medical check up ini untuk kemasukan ke universiti bagi kemasukan sepetember 2015. Okayy..back to topic, tentang harga kan tadi?
okayy..untuk medical check up di universiti saya, harganya lebih murah kerana di borang saya tak ada minta apa-apa yang berkaitan dengan darah ataupun kumpulan darah kita, kan ada certain universiti yang minta kumpulan  darah kita. Jadi, harganya sedikit mahal berbanding saya medical check up saya tadi. Tetapi saya tak berapa pastilah, mungkin klinik atau hospital dekat area tempat korang lain. Yelah, lain tempat, lain harganya..ya idok??

Saya dapat tahu ini pun sebab tadi ada seorang perempuan yang macam saya juga untuk buat medical check up. Jadi, mak saya ini pun terlebih peramah, tanyalah dia dari mana, study kat mana, dan tanyalah harga untuk medical check up. Saya ini bukan tak nak tanya atau tak peramah lansung, tapi busy sebab nurse kat situ suruh saya pergi buat urin test lah, x-ray lah, ukur berat, tinggi, dan sebagainya yang berkaitanlah. Itu yang tak sempat nak menanya. *cewahh! alasan betul..hahaha*
okokok..
Sampai sini dululah entry kita hari ini. Kalau ada nak menanya apa-apa atau nak share cerita. Bolehlah bagitahu saya. In shaa Allah, saya baca dan kalau sempat response akan diberikan. Oklah..sudah malam ni. Selamat Malam. Assalamualaikum. ^^

USIM 1

Assalamualaikum w.b.t


Apa khabar semua? Alhamdulillah, saya sihat je. Malah terlebih sihat dan gembira. *ketawa gedik..hehehe*. Bukannya apa, nampak tak gambar di atas tu. Huh..gambar  itulah. Haish..malulah nak cakap..*ketawa sambil tutup muka..* Ini memng terlebih gedik. okokok..back to entry.

Actually, saya nak kongsi satu berita gembira dengan korang semua. 
Selasa, 11 Ogos 2015, 2 minggu lepas , keputusan untuk kemsaukan ke universiti telah keluar. *hahaha..mesti korang dah agak apa yang saya nak cerita*

Alhamdulillah, saya dapat masuk ke universiti dan merasainya dan Alhamdulillah juga universiti tu merupakan universiti yang memang menjadi ada dalam senarai pilihan universiti yang ingin saya masuk.*agak korang dah tahu universiti apa. ye idok?*

Alhamdulillah, Saya telah diterima belajar di Universiti Sains Islam Antarabangsa (USIM) dalam bidang Sains Mtematik Kewangan. Sewaktu mengisi upu, saya ada mohon universiti dan tak silap saya merupakan pilihan ke-5 sewaktu mengisi permohonan upu. Masa tu memang main isi je dan tak pernah expect untuk dapat masuk universiti tu. Tapi Alhamdulillah, rezeki Allah tu luas.  

Pada mulanya, rasa macam tak percaya. Yelah, kalau nak diikutkan, saya ini bukannya berapa pandai sangat dan ilmu agama pun tak berapa tinggi sangat. Kalau setakat yang basic saya tahulah. Alhamdulillah, Allah masih beri saya kesempatan untuk mendalami dan mengetahui ilmuNya yang begitu luas sekali. Mungkin, masa masuk universiti saya mampu mengetahui banyak ilmu, tak banyak pun, sikit jadilah.

Memang bersyukur gila-gilalah bila saya ditawarkan belajar di sini. Lagipun bolehlah dekat dengan rumah saya. *Johor--> Negeri Sembilan, dalam 5 jam* Kalau dulu saya merantau ke Perak selama setahun, tapi kali ni, kita pergi yang dekat sikit.
*big smile*

Tarikh pendaftaran untuk masuk u adalah pada 2 September. Kalau dikira dari sekarang, Saya ada masa seminggu untuk buat preparation dan meninggalkan rumah ni untuk menimba ilmu. Yang tak boleh blahnya, 3 September, hari esoknya selepas pendaftaran(hari first orientasi) saya ada ujiian bahasa arab. huarghhh!!! ini bukan cobaan, ini betul2x...

Saya kena dapat 80% ke atas untuk membolehkan saya tak payah pergi kelas Bahasa Arab 1. Jadi, saya memang bertekad nak buat betul2x ujian tu supaya saya tak payah pergi kelas bahasa arab 1. Haish..seronoknya. sekurang-kurangnya jadual kelas saya mungkin akan berkurangan. Jadi,doakan saya supaya lulus masa ujian tu.hehehe...Lagipun, ada kelas bahasa arab 2 dan kelas bahasa arab 3.
Doakan saya ya.. :)

Oklah..sampai sini dululah entry kita hari ini. Lain kali, saya cerita lagi. Kalau ada sesiapa yang pernah ada experience study dekat USIM and of courselah dia senior saya kan..sudi-sudikan lah diri untuk cerita pengalaman anda di ruangan komen saya. Mana tahu ada perkara best yang saya tak tahu masa kat USIM nanti..hahaha..Ini tiada paksaan ya..Hanya yang nak sahaja.. :)

Assalamualaikum w.b.t.





Sunday 23 August 2015

Ogos

Assalamualaikum w.b.t.

*gambar tiada kaitan dengan entry kita pada hari ini.

Wah, nampaknya kita dah masuk bulan Ogos. hurmm..apa ya yang ada di bulan Ogos ini? hahaha...haish dia ini, nak berteka-teki pula..
" Semestinyalah bulan Kemerdekaan. Haruslah tahu."
hahaha...Exactly,bulan Ogos lebih dikenali sebagai bulan Kemerdekaan dimana pada tanggal 31 Ogos, negara kita, Malaysia telah bebas dari cengkaman British dan mampu membangunkan sebuah negara sendiri. Alhamdulillah. 

Tapi....itu dulu. Apa beza dulu dengan sekarang? hurmm..sangat berbeza pada pendapat aku. Sekiranya dulu, selepas merdeka, negara kita aman dan bebas dari jajahan komunis dan british serta anasir-anasir luar. Tetapi sekarang, kita memang merdeka. Tetapi, pemikiran anak-anak muda kita serta orang-orang kita telah dijajah dengan cara yang halus dan sukar dilihat.
 *cewah!cakap macam kau tua sangat je..hahaha*

Malaysia sekarang, terlalu banyak perkara yang menjadikan hura hara. Dari satu kes ke satu kes. Aku tak nak mengulas tentang apa yang terjadi kerana Aku tak ada hak dan tak tahu apa yang terjadinya. Bukannya aku tak nak amik tahu, kadangkala tak semua benda kita perlu tahu.

Baiklah. Aku tak nak post panjang-panjang untuk entry ni. Nanti korang semua bosan pula. Lagipun, kalau aku tulis panjang-panjang, bukan ada orang nak baca pun. ya idok?

Apa-apapun, sedarlah negara kita especially dunia ni dah tak macam masa nenek moyang kita duduk dulu. Dah terlalu tua dan uzur bumi . Lagi-lagi, dengan kegondolan hutan dan iklim cuaca kita sekarang yang dah tak menentu. Sekejap panas, sekejap sejuk. Kalau panas, terlalu panas sangat. *mmm..tak tahulah nak cakap apa*

Oklah, sampai sini dulu entry kita kali ni. Entry lain,kita cerita dan bincangkan pekara lain pula. ok? ;).
Assalamualaikum.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...