Membebel Time!
Alhamdulillah... :)
Saya ASya: Ogos

Sunday 23 August 2015

Ogos

Assalamualaikum w.b.t.

*gambar tiada kaitan dengan entry kita pada hari ini.

Wah, nampaknya kita dah masuk bulan Ogos. hurmm..apa ya yang ada di bulan Ogos ini? hahaha...haish dia ini, nak berteka-teki pula..
" Semestinyalah bulan Kemerdekaan. Haruslah tahu."
hahaha...Exactly,bulan Ogos lebih dikenali sebagai bulan Kemerdekaan dimana pada tanggal 31 Ogos, negara kita, Malaysia telah bebas dari cengkaman British dan mampu membangunkan sebuah negara sendiri. Alhamdulillah. 

Tapi....itu dulu. Apa beza dulu dengan sekarang? hurmm..sangat berbeza pada pendapat aku. Sekiranya dulu, selepas merdeka, negara kita aman dan bebas dari jajahan komunis dan british serta anasir-anasir luar. Tetapi sekarang, kita memang merdeka. Tetapi, pemikiran anak-anak muda kita serta orang-orang kita telah dijajah dengan cara yang halus dan sukar dilihat.
 *cewah!cakap macam kau tua sangat je..hahaha*

Malaysia sekarang, terlalu banyak perkara yang menjadikan hura hara. Dari satu kes ke satu kes. Aku tak nak mengulas tentang apa yang terjadi kerana Aku tak ada hak dan tak tahu apa yang terjadinya. Bukannya aku tak nak amik tahu, kadangkala tak semua benda kita perlu tahu.

Baiklah. Aku tak nak post panjang-panjang untuk entry ni. Nanti korang semua bosan pula. Lagipun, kalau aku tulis panjang-panjang, bukan ada orang nak baca pun. ya idok?

Apa-apapun, sedarlah negara kita especially dunia ni dah tak macam masa nenek moyang kita duduk dulu. Dah terlalu tua dan uzur bumi . Lagi-lagi, dengan kegondolan hutan dan iklim cuaca kita sekarang yang dah tak menentu. Sekejap panas, sekejap sejuk. Kalau panas, terlalu panas sangat. *mmm..tak tahulah nak cakap apa*

Oklah, sampai sini dulu entry kita kali ni. Entry lain,kita cerita dan bincangkan pekara lain pula. ok? ;).
Assalamualaikum.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...