Membebel Time!
Alhamdulillah... :)
Saya ASya: July 2015

Thursday 30 July 2015

Raya Raya Raya!

Assalamualaikum w.b.t...



Salam syawal ke-14. Rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya. Wohoo...hahaha..Alhamdulillah.

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin Semua.

 Sudah sebulan kita berpuasa di bulan Ramadhan dengan menempuhi pelbagai suka dan duka sepanjang di bulan Ramadhan. Mungkin ada sesetangah dari kita yang menempuhi pelbagai ujian atau diberi kesenangan sepanjang bulan Ramadhan. ,Walau apapun, bersyukurlah dengan apa yang diberikan. Sesungguhnya semua perkara yang berlaku pasti ada hikmah di sebalikNya.

Bagaimana syawal kita pada tahun ini? Yang penting, untuk mereka yang sudah bekerja, pastinya poket mereka semakin menipis. hahaha..yelah, nak bagi duit raya dengan anak-anak sedara, anak-anak sendiri ,budak-budak beraya. Kalau tak bagi, nanti dikatanya kita kedekut. Yelah, budak-budak sekarang, mulut diorang tu dah macam takde insurans. haishh..

Baiklah. Hari raya sudah 14 syawal. Pastinya kebanyakan dari kita akan busy dengan 'open house' itu, ini serta buat 'open house' itu, ini. Hahaha..dipersilakan. Yang penting jangan membazir. Membazir itu amalam syaitannirajhim. hahaha...

Oklah. Sebenarnya saya lost an idea. Dah lama tak menulis, ni lah jadinya. haish. Tak pe lah, saya nak cari ilham untuk menulis. Mana tahu tiba-tiba ada mentol kluar kat atas kepala. hehehe..

Baiklah. Saya undur dulu. Oh ya, sebelum terlupa. Saya ingin memohon ampun dan maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki bersempena dengan syawal yang mulia ini. Sekiranya sepanjang saya berblogging ini, saya ada mengguris hati-hati sesiapa dengan penulisan saya yang tak seberapa. Maaflah, saya baru sahaja menceburi dunia penulisan dan blogging ini. Diharap segala kesilapan yang saya lakukan, dapat diampunkan. In shaa Allah, amiin. Wasalam. ^-^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...