Membebel Time!
Alhamdulillah... :)
Saya ASya

Sunday 19 June 2016

Asya Back!

Assalamualaikum w.b.t


Hei! Rindu saya tak? Saya dah start menulis balik. Now, I'm back with a new name. Just call me 'asya'. Not asyallie that models. Just ordinary 'asya'. So, from now on, do call me asya okayy.. ^^
*patting heads and smile*

Mood untuk jari menari-nari di atas keyboard has been back. *hooray!!*
Tapi malangnya, mood ini datang time asya tengah in the middle of final exam. *hey! Do pray for me okay* Crazy? Yeah! that's it. Memang gila pun. Orang lain tengah sibuk nak 'on' kan mood belajar, asya pula tetiba nak 'on' kan mood menulis balik. It's funny, right?

Okay. Sebenarnya, tak tahu kenapa mood menulis ini datang. Mungkin sebab internet tengah laju kat bilik ini ataupun dan malas nak study*Eh!. okay..just kidding. Mood study still ada okay, cuma mungkin nak singgah sekejap lawat kawasan yang dah lama berlalang, berlumut, bersawang *okay.lebih sudah -.-"*

I'm still have three papers more to go which is english(tomorrow), statistics(Wed) and Calculus(Mon). Subject killer kot 2 papers last tu...HAHAHA. Yup, I'm take calculus and yet I will involve with many subject involving Mathematician since I'm taking course "Financial Mathematics"...hahaha*laugh for myself. Nak buat macam mana, itu je rezeki yang Allah nak beri untuk asya ataupun ayat yang lebih manis "Ini jalan yang Allah telah tetapkan untuk saya and I'm take it without any doubt because I know He knows what path is best for me" and exactly, saya serahkan perjalanan hidup saya bulat-bulat di atas tangan Allah which means I follow the flows and just take whatever opportunity that He gives to me. Kenapa saya cakap macam tu? because I don't have any plans for my future, yet. okayy..pekertaan 'yet' tu penting which means mungkin asya akan plan future asya nanti. Mungkin. In shaa Allah.

Sebenarnya tujuan tulis kat sini just nak cakap yang "ASYA WILL BE BACK IN THIS FIELDS"
*eh! dah macam kerja pula...hehehe*

okayy..okayy. In shaa Allah, tak janji pun. But I'm thought to writing more. Maybe not as a 'writers' or and 'author' that publish their books and sold it in markets. I'm just an online free writers that will spread my happiness and my knowledges to you. If you know me well, you will know how happiness and cheerful I am because everything that I writes is solely from my hearts or I can say from my souls. I'm a soft hearted girl and cheerful girls, so if you want to distressed yourself, and want an accompany to share your stories or opinions. Do share with me. *whispers "actually, I'm a good a listener".  Do pray for me because I'm still leaarning to be a good writer and bloggers like others. Thank you *with sweet and angelis voice.**puih...menyampahnya. sweet angelic voice konon -.-*

Okaylah. Sampai sini je dulu pengenalan kita selepas dah berapa bulan asya dah tak menulis ini. Btw, thank you for someone that waiting for me to write back *ada ke asya? hehehe*
Sebelum lupa, Selamat Menyambut Bulan Ramadhan dan Ramadhan Al-kareem. Semoga Ramadhan tahun ini penuh dengan keberkatan dan ketenangan yang diperoleh dariNya. In shaa Allah .
Terawih jangan lupa yea...*smile*

Hey! Do take care of your health well and don't be too stress.  When you fell angry with someone or something or feel disappointed, just take a deep breath and smile. Remember, whatever you do, always start in the name of Allah. I love you *big heart for you*
Wasalam.



Sunday 25 October 2015

USIM 2

Assalamualaikum w.b.t

"Year 1,2,3,4 FM Student's USIM '14/'15"

Hello guys. Baiklah, kali ini saya tak nak tulis entry panjang-panjang. Kali ini saya just nak berkongsi cerita dan pengalaman sepanjang di Kalumpng Resort and Training Centre.


"Eh! Kalumpang? Kat mana tu?"
"Kalumpang?? Wah..bestnya. Air sungai dia best"
"Apa kau buat kat Kalumpang?"
"Kenapa gambar ramai-ramai itu. Kau ada buat aktiviti kebajikan apa-apa ke?"
*erk-.- ada tak orang nak tanya soalan ini. *senyum

Oraitt..sabar sabar. Meh sini, dekat sikit mata tu kat skrin. Nak ceritalah ini. 


17/10 dan 18/10 saya dan budak kos FM(Financial Mathematics) tahun 1,2, 3 dan 4 pergi ke Funmily
day's(Family Day's) di Kalumpang Resort and Training Centre selama 2 hari 1 malam.
Tujuannya untuk sambut budak-budak junior tahun 1 macam saya dan rakan-rakan kedalam "Keluarga" Financial Mathematics.Rasa dihargai dan vvip pula..*senyum sorang-sorang
Jadi, dapatlah juga kenal senior-senior kami yang selama ini kalau jumpa kat fakulti tu macam tak berapa nak kenal, tapi bila dah pergi ke familty day ini. Tahulah juga mana satu senior kami.


Sebenarnya nak cerita, tempat itu best gila. Air sungai sangat bersih dan sejuk. Nyaman je rasa. Kalau yang stress and rasa nak release kan tension. Saya sarankan anda untuk pergi ke tempat ini sebab tempatnya sangatlah tenang dan mendamaikan dengan dikelilingi pohon hijau dan bunyi air sungai yang deras mengalir yang menenangkan. SubahanAllah. 
Saya ingatkan dah takde lagi tempat macam ini. Rupanya, masih wujud dan ada. Lokasi dia memang pedalaman dan suasana kampunglah. Memang tenang dan nyaman. Saya recommend anda kalau nak buat family day atau nak bawa family, rakan-rakan bercuti or nak main-main air or nak mandi sungai, pergilah tempat ini. Kalau nak tahu lebih lanjut tentang kawasann ini, just search dekat pak cik google "Kalumpang Resort and Training Centre". Banyaklah info dekat Saya pun nak ajak family saya dan kawan-kawan saya ke tempat ini.*berangan sat.
In shaa Allah.
Alhamdulillah, sepanjang Family day itu ramailah juga senior yang saya kenal dan mampu berbual-bual. Diorang ini ok je..sporting gila. Memang daebaklah *terbaik. Saya having funlah juga sepanjang family day ni berlangsung walaupun dua hari je yang memang sangat pendek untuk kami berkenalan lebih lanjut. 







budak lelaki course kami ada dua orang sahaja. -.-

Baiklah. Rasanya itu sahaj entry saya kali ini. Kalau ada sesiapa di sini atau ada Senior-senior FM yang terbaca entry saya ini *ada ke? sudi-sudilah komen entry saya ini. *wink wink *_*

wasalam,
NurFillah




Financial Mathematics.

Assalamualaikum w.b.t

" FM student's, USIM '15'16 "

Hello guys.Lama dah tak berupdate blog ini. Bukannya tak boleh update, boleh saja, tapi line wifi di sini tidak mengizinkan saya untuk bercerita dan mengupadate selalu berkaitan cerita saya atau apa-apa. Sedih bukan? Tapi takpelah, mungkin Allah nak saya fokus pada pelajaran saya di sini. Husnudzon.
Alhamdulillah, malam ini saya berkesempatan untuk mengupdate blog saya dengan perasaan yang gembira dan senang. In shaa Allah. 

Baiklah, malam ini saya nak bercerita tentang budak-budak coursemate saya. Wah...teruja saya nak bercerita tentang course saya ambil di USIM dan coursemate saya. Alhamdulillah, Allah telah meletakkan saya di suatu bidang yang saya agak minat dan dikalangan coursemate yang okay dan baik.

Kebanyakan coursemate saya datang dari pelbagai negeri *semestinya dan institusi pendidikan sebelum kami melangkah ke alam degree ini. Ada yang dari cousemate saya ini dari tamhidi yang sememangnya dari USIM sendiri, ada juga dari asasi iaitu UiTM PALAM dan UM serta matrik pun ada. Matrik jangan dilupakan, tempat saya belajar serta tanpa saya jangka rupa-rupanya ada dua orang budak satu course dengan saya merupakan bekas budak matrik saya sendiri iaitu KMPk. Teruja betul saya bila saya dapat tahu yang ada budak yang satu matrik dengan saya dapat satu course dengan saya. 

Kebetulan juga, ada seorang budak itu dari matrik saya dan sekarang merupakan kawan yang rapat dengan saya sepananjang sebulan saya berada di USIM merupakan budak kuliah saya serta budak kelas roomate saya sewaktu di matrik duli. Tak sangka gila, sangat kecik rupanya dunia ini. Inilah namanya aturan Allah, sesungguhnya aturannya yang sangat cantik. Saya juga ada rapat dengan beberapa budak lain yang sama course dengan saya di mana saja kami pergi pasti kami bersama. 

Oraiitt..saya nak bercerita pasal course saya. Saya telah dipilih untuk memasuki dalam satu bidang yang agak jauh sebenarya dari yang saya minat dan agak tak percaya untuk saya dan parents saya bila saya dapat tawaran untuk course ini.*senyum 

Alhamdulillah saya telah dapat tawaran untuk sambung pengajian dalam bidang Financial Mathematics(Matematik Kewangan). Agak wow gitu pada certain orang sebab ianya dipanggil "Mathematics". Saya pun agak terkejut sebab saya tak sangka saya melanjutkan pengajian dalam bidang yang ada kaitan dengan Matematik yang sememangnya subjek kurang digemari oleh sesetengah pelajar. Boleh dikatakan Matematik ini susah for certain persons.

 Saya start ada passion dengan Math bila saya di matrik. Saya pun tak tahu macam mana saya boleh perform dengan math ini sewaktu saya di matrik. Sedangkan sewaktu sekolah rendah dan menengah, saya akui saya memang lemah gila bab-bab matematik ini. Kalau setiap kali exam, kalau result math saya dapat gred C and above, itu memang bukan saya. Pelik bukan?

Alhamdulillah, aturan Allah sangat cantik dia aturkan untuk saya. Dari sekolah rendah saya memang benci math sebab kena hafal sifir bagai itu plus dengan cikgu yang garang gila setiap kali pergi kelas akan bawa pembaris besar yang panjang itu *tak tahulah sekarang acam mana, naik sekolah menengah pula dengan segala complicated solution yang saya belajar. dan cikgu yang mengajar dengan lajunya Tapi bila di Matrik, Mathematics merupakan antara mata pelajaran yang saya perform gilalah. Saya pun terkejut, sangat sangat sangat terkejut. *nampak tak, betapa nak menunjukkan saya sendiri pun tak sangka. Lagi tak sangka bila saya dapat tawaran dalam bidang Mathematics pula untuk peringkat U ini. *It's just like wow. If saya pun dengar ada budak ambil math as part of her career, apatah lagi saya sendiri yang ambil. Hanya mampu tergelak dengan diri sendiri. Unbelieveable.

Tergelak saya pada diri sendiri. SubhanAllah, Maha Suci Allah, dialah sebaik-baik perancang dan segala rancangannya pasti akan ada hikmah disebalik semua ini. In shaa Allah. Buktinya, pada diri saya sendiri, daripada benci Mathematics terus ke bidang yang ada kaitan dengan Mathematics and make me love more to Mathematics. :)

Panjang ke tidak post saya malam ini. Semangat betul saya nak bercerita tentang diri saya dan course yang saya ambil Bukan tujuan untuk riak atau bangga yang saya dapat bidang yang ada kaitan dengan Mathematics, tapi cuma nak sampaikan yang, sebenci mana pun atau sesukar mana pun kita nak memahami sesuatu subjek ini. Cubalah untuk tenang dan fahamkan satu persatu. Belajar ini tak susah mana pun, kalau kita niatkan pada Allah dan ada minat untuk belajar. Belajar bukan setakat di sekolah sahaja, kemana sahaja kita pergi kita akan belajar sesuatu yang baru dan berguna untuk kita. 

Baiklah sampai sini sahaja entry saya pada kali ini. Maaf andai ada yang terguris hati dengan penulisan saya pada kali ini. Yang mana baik datang dari ALlah dan yang buruk datang dalam diri saya sendiri. Sudi-sudi kanlah komen di entry saya, tak kiralah apa-apa. Saya sangat gembira kalau ada yang sudi komen. 

wasalam,
NurFillah :)


Thursday 17 September 2015

Haze

Assalamualaikum w.b.t

" Aku lebih gemar menulis meluahkan segalanya melalui penulisanku berbanding berkata-kata"

Salam alaik guys. Jadi, macam mana permulaan hari untuk awak semua pada hari ini. Hopefully, everything gonna be fine as you wish. :)

Okayyy...Alhamdulillah, pagi ini hujan turun dengan lebat setelah beberapa minggu hujan tak turun dan dilitupi dengan asap-asap. Bukan asap-asap 'vape' atau 'rokok' tapi asap jerebu, tapi asap-asap itu pun boleh mengundang jerebu sebab dia akan mix xekali dengan asap jerebu. *ye idok?? 
 Kesiankan kami.

Selasa yang lepas, USIM telah mengambil cuti secara mengejut sebab tahap jerebu yang sangat serius, around 200++ dan itu sangat berbahaya untuk kita guys especially for those yang ada asthma and penyakit kulit. Better musim jerebu ini, kita pakai mask. Takkanlah mask yang berapa hinggit sangat kita tak boleh beli sedangkan kita sanggup berhabis duit untuk online shopping di'instagram'. betul tak??  Bukannya apa, kesihatan kita lebih penting. Sekiranya kita sakit, macam mana kita nak survive untuk hidup kita dan tak boleh lah kita nak berseronok untuk online shopping. *cewahh...cara nak attract orang suruh beli mask..hahaha..

Saya sebenarnya ada dapat info dari 'twitter' dan 'facebook' yang, sekiranya kita nak beli mask. Please beli mask yang nama dia N95 bukannya mask yang selalu doktor pakai itu. Tahu tak mask N95 itu??
Alahai, mask yang bentuk dia macam mangkuk itu. Kalau tak tahu, cuba search google. 

Mask N95 itu lebih selamat berbanding mask doktor. Sebabnya, mask yang doktor pakai itu, just untuk elakkan partikel or kuman-kuman yang lebih kepada membawa penyakit dan selalunya mask ini digunakan bagi mereka yang ada flu atau demam sebab mask ini bertindak untuk memerangkap habuk-habuk atau virus orang demam itu.

"Aik..apa beza dia orang demam itu dengan jerebu?"
"Jerebu bukannya boleh bawa penyakit juga ke?"
"Jerebu kan ada habuk-habuk yang kecil-kecil itu, sama je macam orang demam"
huh..bawa bersabar...hahaha..Mask N95 ini dia special. Sebenarnya, untuk knowledge kitalah kan, habuk dari jerebu ini, particle atau molecul dia lebih kecil berbanding particle atau molekul orang yang demam dan flu, dan mask N95 ini memang khusus untuk jerebu atau apa-apalah yang ada kaitan dengan asap. Sebab itu, kalau kita perasanlah kan, orang-orang yang 'fogging' selalu guna mask N95 sebab mask ini ada satu jenis penanpis khas yang boleh memerangkap habuk-habuk kecil atau particle-perticle kecik dari asap-asap yang memang kita tak nampak secara mata kasar. Jadi, janganlah ambil mudah perkara macam ini. Saya berkongsi ini pun untuk kesihatan diri saya dan awak-awak semua. 

"Ini dia mask N95, bagi yang tak tahu ;)"

Jangan bawa main-main jerebu-jerebu ini. Mungkin belum ada lagi rekod kematian disebabkan jerebu, tapi mana tahu suatu hari nanti kita yang terkena, sebabnya bumi ini, makin lama bukannya makin muda. Bumi ini dah cukup tua dan sebenarnya kalau dianalogikan bumi ini dengan manusia, bumi ini dah tak ada dah ataupun kita boleh katakan dah kiamat dah.

Tapi, semua itu kuasa Allah. Hanya Allah sahaja yang tahu, bila kiamat itu akan berlaku, dan yang pasti kita semua kenalah bersiap sedia dengan sebarang bencana yang berlaku. Sebenarnya, kalau nak diceritakan tanda-tanda kiamat ini, dah terlalu banyak dah muncul daripada yang kecil sehinggalah ke besar. Hanya kita, sama ada peka ataupun tidak dengan tanda-tanda ini. 

Cuba tanya diri sendiri..

"Adakah selama ini aku peka/tahu tentang hadirnya tanda-tanda kiamat kecil/besar ini?"
"Adakah aku sudah bersedia untuk menghadapi segala bencana yang bakal menimpa?"
"Adakah amalanku sudah mencukupi untuk aku ke syurga?"
"Bagaimana dengan nasib keluarga aku nanti bila dipandang masyar sedangkan pada waktu itu aku tak mampu menolong mereka kerana manusia pada waktu itu hanya memikirkan tentang diri mereka sahaja?"
"Adakah aku sudah bersedia untuk berada dipandang masyar yang mataharinya hanya sejengkal di atas kepala?"

Tanya pada diri. Tanya pada iman. Tanya pada hati. Jangan hidup bertuhankan nafsu, kelak memakan diri. Hiduplah bertuhankan Allah yang Esa, in shaa Allah bahagia menanti. Biarlah kita berpenat didunia, kerana ingin rehat diakhirat. 

Sekiranya ada sesuatu yang kita lakukan dan kita rasa serba salah dan serba tak kena, selalu tanya diri,hati dan iman akan setiap hal yang kita lakukan. Selalu tertanya-tanya adakah Allah redha dengan apa yang aku lakukan? Adakah parents aku redha dengan apa yang aku lakukan?

Sampai sini sahaja entry kita kali ini. Asif jiddan, maaf sangat-sangat sekiranya entry saya kali ini ada silap dan salah. Manusia biasa dan lemah seperti saya, tiada kuasa dan tidak sempurna melainkan Allah. Sekiranya ada silap, sudilah komen dan menegur kesilapan saya. In shaa Allah, saya akan menerima dengan hati yang terbuka dan berlapang dada kerana saya masih lagi baru dan ingin belajar. Sekian, Wasalam. :)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...