Membebel Time!
Alhamdulillah... :)
Saya ASya: Haze

Thursday 17 September 2015

Haze

Assalamualaikum w.b.t

" Aku lebih gemar menulis meluahkan segalanya melalui penulisanku berbanding berkata-kata"

Salam alaik guys. Jadi, macam mana permulaan hari untuk awak semua pada hari ini. Hopefully, everything gonna be fine as you wish. :)

Okayyy...Alhamdulillah, pagi ini hujan turun dengan lebat setelah beberapa minggu hujan tak turun dan dilitupi dengan asap-asap. Bukan asap-asap 'vape' atau 'rokok' tapi asap jerebu, tapi asap-asap itu pun boleh mengundang jerebu sebab dia akan mix xekali dengan asap jerebu. *ye idok?? 
 Kesiankan kami.

Selasa yang lepas, USIM telah mengambil cuti secara mengejut sebab tahap jerebu yang sangat serius, around 200++ dan itu sangat berbahaya untuk kita guys especially for those yang ada asthma and penyakit kulit. Better musim jerebu ini, kita pakai mask. Takkanlah mask yang berapa hinggit sangat kita tak boleh beli sedangkan kita sanggup berhabis duit untuk online shopping di'instagram'. betul tak??  Bukannya apa, kesihatan kita lebih penting. Sekiranya kita sakit, macam mana kita nak survive untuk hidup kita dan tak boleh lah kita nak berseronok untuk online shopping. *cewahh...cara nak attract orang suruh beli mask..hahaha..

Saya sebenarnya ada dapat info dari 'twitter' dan 'facebook' yang, sekiranya kita nak beli mask. Please beli mask yang nama dia N95 bukannya mask yang selalu doktor pakai itu. Tahu tak mask N95 itu??
Alahai, mask yang bentuk dia macam mangkuk itu. Kalau tak tahu, cuba search google. 

Mask N95 itu lebih selamat berbanding mask doktor. Sebabnya, mask yang doktor pakai itu, just untuk elakkan partikel or kuman-kuman yang lebih kepada membawa penyakit dan selalunya mask ini digunakan bagi mereka yang ada flu atau demam sebab mask ini bertindak untuk memerangkap habuk-habuk atau virus orang demam itu.

"Aik..apa beza dia orang demam itu dengan jerebu?"
"Jerebu bukannya boleh bawa penyakit juga ke?"
"Jerebu kan ada habuk-habuk yang kecil-kecil itu, sama je macam orang demam"
huh..bawa bersabar...hahaha..Mask N95 ini dia special. Sebenarnya, untuk knowledge kitalah kan, habuk dari jerebu ini, particle atau molecul dia lebih kecil berbanding particle atau molekul orang yang demam dan flu, dan mask N95 ini memang khusus untuk jerebu atau apa-apalah yang ada kaitan dengan asap. Sebab itu, kalau kita perasanlah kan, orang-orang yang 'fogging' selalu guna mask N95 sebab mask ini ada satu jenis penanpis khas yang boleh memerangkap habuk-habuk kecil atau particle-perticle kecik dari asap-asap yang memang kita tak nampak secara mata kasar. Jadi, janganlah ambil mudah perkara macam ini. Saya berkongsi ini pun untuk kesihatan diri saya dan awak-awak semua. 

"Ini dia mask N95, bagi yang tak tahu ;)"

Jangan bawa main-main jerebu-jerebu ini. Mungkin belum ada lagi rekod kematian disebabkan jerebu, tapi mana tahu suatu hari nanti kita yang terkena, sebabnya bumi ini, makin lama bukannya makin muda. Bumi ini dah cukup tua dan sebenarnya kalau dianalogikan bumi ini dengan manusia, bumi ini dah tak ada dah ataupun kita boleh katakan dah kiamat dah.

Tapi, semua itu kuasa Allah. Hanya Allah sahaja yang tahu, bila kiamat itu akan berlaku, dan yang pasti kita semua kenalah bersiap sedia dengan sebarang bencana yang berlaku. Sebenarnya, kalau nak diceritakan tanda-tanda kiamat ini, dah terlalu banyak dah muncul daripada yang kecil sehinggalah ke besar. Hanya kita, sama ada peka ataupun tidak dengan tanda-tanda ini. 

Cuba tanya diri sendiri..

"Adakah selama ini aku peka/tahu tentang hadirnya tanda-tanda kiamat kecil/besar ini?"
"Adakah aku sudah bersedia untuk menghadapi segala bencana yang bakal menimpa?"
"Adakah amalanku sudah mencukupi untuk aku ke syurga?"
"Bagaimana dengan nasib keluarga aku nanti bila dipandang masyar sedangkan pada waktu itu aku tak mampu menolong mereka kerana manusia pada waktu itu hanya memikirkan tentang diri mereka sahaja?"
"Adakah aku sudah bersedia untuk berada dipandang masyar yang mataharinya hanya sejengkal di atas kepala?"

Tanya pada diri. Tanya pada iman. Tanya pada hati. Jangan hidup bertuhankan nafsu, kelak memakan diri. Hiduplah bertuhankan Allah yang Esa, in shaa Allah bahagia menanti. Biarlah kita berpenat didunia, kerana ingin rehat diakhirat. 

Sekiranya ada sesuatu yang kita lakukan dan kita rasa serba salah dan serba tak kena, selalu tanya diri,hati dan iman akan setiap hal yang kita lakukan. Selalu tertanya-tanya adakah Allah redha dengan apa yang aku lakukan? Adakah parents aku redha dengan apa yang aku lakukan?

Sampai sini sahaja entry kita kali ini. Asif jiddan, maaf sangat-sangat sekiranya entry saya kali ini ada silap dan salah. Manusia biasa dan lemah seperti saya, tiada kuasa dan tidak sempurna melainkan Allah. Sekiranya ada silap, sudilah komen dan menegur kesilapan saya. In shaa Allah, saya akan menerima dengan hati yang terbuka dan berlapang dada kerana saya masih lagi baru dan ingin belajar. Sekian, Wasalam. :)



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...