Membebel Time!
Alhamdulillah... :)
Saya ASya: USIM 1

Monday 24 August 2015

USIM 1

Assalamualaikum w.b.t


Apa khabar semua? Alhamdulillah, saya sihat je. Malah terlebih sihat dan gembira. *ketawa gedik..hehehe*. Bukannya apa, nampak tak gambar di atas tu. Huh..gambar  itulah. Haish..malulah nak cakap..*ketawa sambil tutup muka..* Ini memng terlebih gedik. okokok..back to entry.

Actually, saya nak kongsi satu berita gembira dengan korang semua. 
Selasa, 11 Ogos 2015, 2 minggu lepas , keputusan untuk kemsaukan ke universiti telah keluar. *hahaha..mesti korang dah agak apa yang saya nak cerita*

Alhamdulillah, saya dapat masuk ke universiti dan merasainya dan Alhamdulillah juga universiti tu merupakan universiti yang memang menjadi ada dalam senarai pilihan universiti yang ingin saya masuk.*agak korang dah tahu universiti apa. ye idok?*

Alhamdulillah, Saya telah diterima belajar di Universiti Sains Islam Antarabangsa (USIM) dalam bidang Sains Mtematik Kewangan. Sewaktu mengisi upu, saya ada mohon universiti dan tak silap saya merupakan pilihan ke-5 sewaktu mengisi permohonan upu. Masa tu memang main isi je dan tak pernah expect untuk dapat masuk universiti tu. Tapi Alhamdulillah, rezeki Allah tu luas.  

Pada mulanya, rasa macam tak percaya. Yelah, kalau nak diikutkan, saya ini bukannya berapa pandai sangat dan ilmu agama pun tak berapa tinggi sangat. Kalau setakat yang basic saya tahulah. Alhamdulillah, Allah masih beri saya kesempatan untuk mendalami dan mengetahui ilmuNya yang begitu luas sekali. Mungkin, masa masuk universiti saya mampu mengetahui banyak ilmu, tak banyak pun, sikit jadilah.

Memang bersyukur gila-gilalah bila saya ditawarkan belajar di sini. Lagipun bolehlah dekat dengan rumah saya. *Johor--> Negeri Sembilan, dalam 5 jam* Kalau dulu saya merantau ke Perak selama setahun, tapi kali ni, kita pergi yang dekat sikit.
*big smile*

Tarikh pendaftaran untuk masuk u adalah pada 2 September. Kalau dikira dari sekarang, Saya ada masa seminggu untuk buat preparation dan meninggalkan rumah ni untuk menimba ilmu. Yang tak boleh blahnya, 3 September, hari esoknya selepas pendaftaran(hari first orientasi) saya ada ujiian bahasa arab. huarghhh!!! ini bukan cobaan, ini betul2x...

Saya kena dapat 80% ke atas untuk membolehkan saya tak payah pergi kelas Bahasa Arab 1. Jadi, saya memang bertekad nak buat betul2x ujian tu supaya saya tak payah pergi kelas bahasa arab 1. Haish..seronoknya. sekurang-kurangnya jadual kelas saya mungkin akan berkurangan. Jadi,doakan saya supaya lulus masa ujian tu.hehehe...Lagipun, ada kelas bahasa arab 2 dan kelas bahasa arab 3.
Doakan saya ya.. :)

Oklah..sampai sini dululah entry kita hari ini. Lain kali, saya cerita lagi. Kalau ada sesiapa yang pernah ada experience study dekat USIM and of courselah dia senior saya kan..sudi-sudikan lah diri untuk cerita pengalaman anda di ruangan komen saya. Mana tahu ada perkara best yang saya tak tahu masa kat USIM nanti..hahaha..Ini tiada paksaan ya..Hanya yang nak sahaja.. :)

Assalamualaikum w.b.t.





2 comments:

Firdaus Reedzwan said...

Exam arab kafaah tu eh ? Dia tnye soklan2 ape je ek ?? So kalo pass 80% nnti kredit utk klas arab 1 2 3 x dikira dlm pointer lah ek ?

Firdaus Reedzwan said...

Exam arab kafaah tu eh ? Dia tnye soklan2 ape je ek ?? So kalo pass 80% nnti kredit utk klas arab 1 2 3 x dikira dlm pointer lah ek ?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...