Membebel Time!
Alhamdulillah... :)
Saya ASya: Kawan dan Bola

Wednesday 26 August 2015

Kawan dan Bola

Assalamualaikum w.b.t


Hello guys..wah..lately ini terlampau rajin pula saya mengupdate entry di blog.hahaha..satu kejayaan yang baik.*big clap for me..wuuhuuu*. Oraittt..siapa tadi tengok perlawanan JDT vs South China?? Siapa? Siapa? cer angkat tangan sikit..hahaha..okokok. Bukan nampak pun..ye idok? Keputusannya sangatlah sengit.
"Sengit?"
"Apa yang sengitnya?"
"Biasa aja...tak tahu tang mana sengitnya"
hahaha..okokok..saje je nak bagi nampak gempak sikit match tadi. Maklumlah org Johor, semangat dia tu lebih semangat..hehehe..okokok..kita tak nak ada semangat asssabiyah di sini. Blog ini bukan untuk memecah belahkan setiapa negeri. Kitakan 1 Malaysia, haruslah sokong antara satu sama lain. Tak mahulah berperang, bergaduh sana sini..nonono...lagi-lagi di bulan Ogos aka bulan kemerdekaan ini. Apa-apapun, match tadi seri je sebenarnya 1-1..so, bolehlah. Saya ini pun bukannya tengok sangat bola-bola ini. Bukan tak minat, cuma tak berapa sukalah. Entahlah. Sebab nampak aurat kot.
"alamak! ajet-ajet alim pula dia ini."
"Aurat? mana auratnya?"
Bukan bajet alim, cuma ianya perkara yang melibat dosa pahala. Kita pun tahukan aurat perempuan dengan lelaki dari mana ke mana. So, faham-fahamlah.
"Faham...tapi bola ini mana aurat nya?"
"Apa kaitan aurat dengan bola?"
Ops...sorry..maaf yea. Bola takde aurat.hahaha..pemain bola tu. Kalau perasanlah kan..pemain bola ini, kalau main bola selalu nampak lutut. Bukankah lutut itu aurat? Saya sedar ini pun sebab bestfriends saya yang bagitahu. hahaha..kalau dia tak bagitahu saya pun tak berapa sedar. Yelah, mana taknya. Kita nampak pemain bola ini pakai seluar, tapi seluar pendek dan menampakkan lutut. Bukankah kita dah tahu aurat lelaki ini antara pusat hingga lutut dan lutut tu dalam kategori aurat, tak kesahlah berapa besar kau punya seluar atau panjang seluarnya, selagi menampakkan 'lutut', auratlah juga tu dan berdosalah kan..hahaha..Lagipun, saya tanya dia kenapa dia tak suka bola and itulah jawapannya. Dari situ baru saya sedar, selama ini benda yang kecik dan kita tak sedar itulah akan menambahkan dosa kita...na'uzubillahiminzaliq..
Betullah apa yang selalu orang kata, someone yang hadir dalam hati kita pasti ada sebabnya, sama ada dia membawa kebaikan atau pengajaran untuk kita and she's gave something precious to me. Huarghhh...rindunya dekat dia. Rindu sangat sangat sangat. Lepas ini, kami dah tak leh nak berjumpa selalu sebab dia dapat dekat uitm puncak alam, saya pula usim..wahhhh..jauhnya kami dipisahkan. Walau kami hanya kenal dalam masa yang singkat, tak sampai setahun, but every moments with her is very precious to me and I couldn't forget about what we had done during our matriculation session. 

Hurmm..sekarang pun, kami banyak meluahkan perasaan rindu melalui instagram, wassap and call je. Maklumlah org Johor nak ke Shah Alam tu jauh...lagi dengan takde transport dan kekangan masa..memang jaranglah nak berjumpa. In shaa Allah, in the future, siapa tahu, kami berjumpa..huhuhu..dah rindu sangat. Ayak mata selalu kluar sebab rindu sangat nak dengar suara dia yang kuat mmebebl tu dan suka nyakat orang. Sebenarnya, saya suka dengar dia bercerita. Kalau dia bercerita, pergh..penuh emosi. Tapi yang tak boleh blah ye, dia tu emo sikit. Budak tu kecik je, tapi bila dia marah. wooooww..angin sepoi-sepoi bahasa terus jadi angin badai apa pun tak tahulah. Tapi di sebalik semua tu, dia jenis yang happy go lucky dan dia jenis macam tak kesah sangat. Bukan tak kesah macam mana. Macam lantaklah apa orang nak fikir pasal dia, dia pun tak kacau hidup orang tu. Dia selalu bagitahu saya

"Manusia ini selalu datang dan pergi. Kita takkan tahu apa itu sifat matang kalau kita tak pernah merasa kehilangan dalam hidup kita" 

Maksud dia kehilangan kat sini, macam kawan/manusia yang selalu datang dan pergi. Kalau kita terima kedatangan dia dengan perasaan yang senang dan gembira serta bila dia pergi dan mula menjauhkan diri dari kita atau dia dapat kawan yang lagi better dari kita, kita reda dan gembira untuk dia. Sebab memang sifat manusia untuk selalu mencari kepuasan dalam diri. Tetapi, untuk saya, dalam menjalinkan sebuah persahabatan, perlulah ada sifat saling mempercayai dan setia. Bukan sekadar dalam perhubungan je, persahabatan pun perlu tau. Sifat ini penting supaya kawan saya tahu yang saya selalu percayakan dia dan sentiasa setia dengan dia. Walaupun, masa tu dia dah tak perlukan saya, tapi saya akan selalu berfikiran yang mungkin ada kawan yang lagi baik dari saya yang boleh beri apa yang saya tak mampu beri dalam persahabatan. Sahabat ini, kita kena saling memahami, perasaan dia, perangai dia, cara dia sebab kita selalu dengan diorang setiap masa, setiap detik especially untuk mereka yang selalu menghabiskan masa dengan kawan-kawan. Andaikata suatu hari, kawan itu seperti manjauhkan diri dari kita. Cuba perbaiki diri kita. Lihat apa kekurangan yang ada dalam diri kita sebelum kita bertindak untuk menghukum orang lain. Mungkin kita kurang sempurna di mata dia walaupun kita rasa macam kita ini cukup sempurna untuk dia. Ingat..lain orang, lain pandangan dan fikirannya. 

Kita manusia not always perfect as what we see. Maybe kita nampak yang diri kita cukup sempurna, tapi pada pandangan orang lain berbeza. Sebab itu lah kita disarankan untuk selalu berfikiran yang kita ini masih lagi banyak kelemahan dan kesilapan yang kita lakukan samaada sedar atau tak. Macam kita beribadah. Selalu anggap yang ibadah kita tak cukup sempurna dan  cuba perbaikinya tipa kali kita beribadah. Try to practice that. Wah...malam ini panjang pulalah entry kita...hehehe.

okayylah..saya undur diri dulu yea...kalau ada rasa bosan baca entry panjang-panjang ini. Minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki.. :D
Wasalam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...