Membebel Time!
Alhamdulillah... :)
Saya ASya: BFF(Best Friends Fillah)???

Saturday 16 February 2013

BFF(Best Friends Fillah)???

Assalamualaikum w.b.t



"Kawan memang diperlukan walau macam mana keadaan sekali pun,sedih or susah"

Wah,dah bersin-bersin aku bila start sign in blog nie.Kesian blog aku,dah bersawang.Dah lama tak merasai belaian kasih sayang daripada aku.Almaklumlah sifat malas sdang menguasai diri.Orang kata "kalau kita nak jadi blogger yang baik,kena rajin menulis,ya tak".Tapi aku,bukan setakat malas je ada,masa pun dah tak ade.Lagi-lagi stay hostel,lagi arh masa tak ada.Dah tu,SPM plak tu.Mak oi!!makin kesuntukan masa aku dibuatnya.Tapi kalau aku pandai merancang masa itu akan sentiasa ada untuk aku berkongsi dan kembali menaip seperti dahul walaupun tak berapa aktif.

Wow!!!Panjang berjela aku tulis.Ada ke yang sudi membaca??Harap ada lah ya...baiklah.Kamu masuk je blog aku ini,mesti dah nampak gambar kat entry aku ini kan....maybe certain dah tahu apa yang aku cuba sampaikan.Baguslah.Tapi kalau ada yang tak faham,cuba faham kan betul...cuba baca ayat di gambar tu betul2...walaupun bait2 kata tersebut tak seberapa mendalam,tapi sudah cukup untuk aku menyampaikan segala-galanya(^_^).

I don't need words to express
I don't need tears to shed.
I don;t need to ask for a smile.
or ahand to hold me...
All I need is
to be your friend forever.

Tidak semua orang mampu berdiri sendiri,tanpa sokongan dan bantuan orang lain.Kalau ada,memang aku tabik springlah.Sedangkan aku pun mmerlukan seseorang yg digelar 'Sahabat' untuk aku terus melangkah kehadapan.Walaupun,kadang2 perangai mereka menyakitkan hati aku tapi merekalah yang sentiasa ada disisi aku saat aku sedih,senang,susah,gembira melainkan Allah dan ibubapa aku.Aku bersyukur
 kerana Allah telah meminjamkan aku sahabat-sahabat yang memahami aku di dunia ini.Aku tidak merasa keseorang.Aku tidak merasa kesepian.Malah aku merasa beruntung kerana ada insan yang mahu berteman dan bersahabat denganku melainkan ibubapaku sendiri.

Mungkin kamu pernah dengar ayat ini 

Berkawan biar beribu,berkasih biar satu

Tidak semua orang mampu memperoleh rakan mahupun sahabat yang betul-betul tulus dan ikhlas menyayangi mereka.Berkawanlah dengan orang yang sentiasa mendekatkan dirinya kepada Allah,kerana aku yakin suatu hari nanti kamu akan merasa bersyukur dan selamat apabila kamu berkawan dengan orang seperti mereka.

BFF(Best Friends Fillah) till Jannah
Zetty
Arina
Huda
Naziha
Shahirah
Aqila
Najihah
Haziqah
Aisyah Jumali
Rafida
Hanani
Sahlin
Hasyekin
dan 4/5 Anggerik d'weller's
dan Form 5 Apuri's

p/s:Hargailah Sahabat kerana mereka umpama permata yang sangat bernilai harganya dan mampu dicuri pada bila-bila masa sekiranya kita tidak menjaganya dengan betul dan selamat.

*Best Friends Fillah=Sahabat Sejati kerana Allah


1 comment:

i'am huda azali said...

Best Friends Fillah ;DD

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...