Membebel Time!
Alhamdulillah... :)
Saya ASya: 121212

Wednesday, 12 December 2012

121212

Assalamualaikum w.b.t~~~


12.12.2012@12 Disember 2012@12.12.12.Suatu nombor yang sangat cantik pada aku.Pada aku,mungkin ramai yang menunggu masa yang sesuai untuk menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu pada orang lain.Mungkin juga mereka ingin menjadikan hari ini suatu hari yang istimewa.Lagipun tarikh pada hari ini sangat istimewa.Mudah diingat.Maybe~

Seandainya tarikh pada hari ini jatuh pada hari Sabtu @ Ahad.Aku rasa mesti ramai yang mengadakan kenduri-kendara ataupun majlis perkahwinan.Yelah,tarikh special-katanya-.

Tapi,ada apa pada nombor.Lama kelamaan tarikh tersebut akan lenyap juga.Yang tinggal hanyalah kenangan.Kenangan yang dibawa bersama tarikh tersebut.Lama kelamaan juga usia kita akan meningkat.
Masa terus berjalan tanpa sempat kita menghentikannya.Masa takkan pernah undur.Masa akan terus berjalan,dan berjalan,dan berjalan sehingga kita menemui suatu hari.

Dimana hari tersebut dunia akan hancur.Langit akan jatuh.Bumi terbelah.Manusia yang mati dibangkitkan daripada tidur yang panjang.Dikala itu,manusia tidak sempat lagi untuk bertaubat.Segala-galanya sudah terlambat.Tetapi,apakah kita sudah sedia untuk menghadapi semua ini?apakah amalan kita sudah cukup untuk melepasi setiap ujian dari-Nya?adakah kita mampu memasuki syurga yang dijanjikannya kepada kita sekiranya hanya melakukan amalan fardhu sahaja?

p/s:Adakah amalan fardhu kita sempurna?solat?puasa?zakat?sedekah?tanya sama diri,hanya itu sahaja jawapannya yang mampu kita miliki.

1 comment:

ThirahZana said...

p/s:bukan harta kekayaan yang dibawa mati....hanya 3 amalan sahaja yang berterusan akan dibawa ke kubur oleh anak Adam iaitu, doa anak yang soleh,ilmu yang bermanfaat dan sedekah amal jariah.^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...